Sesetengah pendapat mengatakan, penggemar makanan pedas kerektornya kelihatan lebih tenang serta bijak mengawal keadaan seperti mana mereka mengawal tahap kepedasan dalam mulut tanpa perlu terburu-buru mencari air.
Selain kerektornya yang cool, penggemar cili ini juga dikatakan umurnya lebih panjang berbanding orang yang tidak menyukainya. Samada benar atau tidak, satu kajian telah dilakukan terhadap individu yang suka masakan pedas atau cili.
Satu kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat mendapati individu yang gemar mengambil makanan pedas, jangka hayatnya lebih panjang 10 tahun berbanding mereka yang tidak mengemarinya.
Menurut jurnal PLOS One, orang yang gemar makan cili atau masakan pedas dapat mengelak kematian awal sebanyak 13 peratus berbanding individu yang tidak menggemari makanan ini.
Memetik laporan Mirror Online penemuan itu dibuat berdasarkan tinjauan terhadap diet pemakanan, latar belakang dan kesihatan 16,000 respoden dewasa dari tahun 1988 hingga 1994.
Setelah 18 tahun, tahap kesihatan ke semua responden itu kemudian diperiksa semula dan hasil tinjauan itu mendapati responden yang kerap mengambil makanan pedas mencatat kematian bawah 22 peratus berbanding 33 peratus kadar kematian bagi mereka yang tidak makan pedas.
Sebahagian mereka yang masih hidup mengaku menggunakan cili merah dalam masakan mereka, malah ada yang memakanya begitu sahaja.
Siapa Suka Makan Pedas Hidup Lebih Lama
Reviewed by Unknown
on
10:53 PG
Rating:

Tiada ulasan:
Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih