Servis Terjemahan Dokumen

Proses Penceraian Yang Paling Menceriakan

tarek-el-moussa-cristina

Penceraian merupakan satu proses yang sangat tidak digemari bagi pasangan yang sudah berkahwin.

Bagaimanapun, situasi sebegitu tidak dirasai pelakon Tarek El Moussa selepas bercerai dengan Cristina baru-baru ini.

"Saya adalah lelaki yang paling bertuah kerana akhirnya bebas dari belenggu perkahwinan yang membebankan selama ini.

"Saya enggan mengatakan tidak bahagia dengan perkahwinan ini tetapi perasaan tanggungjawab yang dipikul di bahu ini amat menyiksakan.

"Tambahan pula selepaa kami memaparkan keseluruhan kisah rumah tangga kami dalam program realiti, Flip Or Flop, secara tidak langsung situasi itu memberi tekanan buat saya.

"Jadi, lupakan episod yang sedih dan mulakan kebahagiaan yang baharu. Tiada apa lagi yang perlu  ditangisi," kata Tarek.

Menerusi perkahwinan itu, pasangan tersebut dikurniakan dua orang cahaya mata, Taylor, 6,  dan Brayden yang kini berusia setahun.
Proses Penceraian Yang Paling Menceriakan Proses Penceraian Yang Paling Menceriakan Reviewed by Kluang Today on 12:41 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Jom Belajar AutoCAD
Dikuasakan oleh Blogger.