Naluri seorang lelaki sememangnya gemar pada perkara-perkara yang cantik dan indah. Jadi, adalah normal sekiranya seseorang lelaki itu tidak kira apa statusnya termasuk yang sudah bergelar suami atau bapak budak suka melihat perempuan cantik samada menerusi video atau di tempat terbuka seperti pusat membeli belah.
Dalam segmen rumah tangga kali ini, kami ingin berkongsi kisah seorang isteri yang sedang mengandung anak pertama terkejut apabila suaminya yang disifatkan sebagai seorang yang alim, tidak pernah meninggalkan solat dan bertanggunjawab tiba-tiba 'kantoi' melihat video perempuan seksi di telefon bimbit. Jom ikuti kisahnya di bawah.
Allah tak tahu nak cerita pada siapa. Saya rasa nak nangis seharian tapi saya sedang bekerja sekarang.
Begini kisahnya, suami saya memang seorang yang baik, solatnya tak pernah tinggal. Bab nafkah pula, suami saya tak pernah lupa walaupun saya bekerja. Dia tak pernah usik duit saya sesen pun.
Selain itu, sikap suami yang paling membuatkan saya suka padanya ialah sikapnya yang sangat menghormati orang tua dan tidak pernah meniggikan suara bila bercakap. Memang rasa cukup dan sempurna semuanya seperti 'Mr Perpect'.
Tapi, pagi tadi saya betul-betul terkejut apabila melihat suami begitu asyik menonton video penari korea berpakaian seksi sedang menari-menari melalui telefon bimbitnya. Walaupun bukan video lucah, namun rasa sedih sangat dengan hobi baru suami saya itu.
Saya kini sedang mengandung 11 minggu, jadi memang tak bersama 1st trimester. Apabila mendapat tahu tabiat suami saya itu, terasa amat kecewa dan macam sudah hilang percaya padanya. Dalam hati ini bagai ada bisikan menyuruh saya pergi pejabat agama.
Apa yang harus saya lakukan?
Suami Solat Tak Pernah Tinggal 'Kantoi' Lihat Video Penari K-Pop
Reviewed by Kluang Today
on
12:13 PTG
Rating:

Tiada ulasan:
Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih