Servis Terjemahan Dokumen

Tiada Larangan Motor 'Kapcai' Masuk KL

kapcai-masuk-kl

Setelah dikecam hebat Netizen, akhirnya Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor akur dan menarik semula cadangan melarang motorsikal 'kapcai' dari memasuki Kuala Lumpur yang diwar-warkan baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan kepada media, beliau berkata kementerian itu tidak akan meneruskan larangan tersebut jika rakyat membantah cadangan ini.

"Jangan bimbang, kami tidak akan melaksanakan larangan itu. Sebelum ini saya berkata hanya kemungkinan kita akan melarang, bukan untuk melaksanakannya," katanya pada Rabu.

Tambah beliau, pihaknya akan sentiasa melihat cadangan ini dengan cara yang betul tanpa membebankan rakyat.

"Saya tahu ramai orang ulang-alik ke tempat kerja dengan motosikal (kapcai) kerana ianya murah selain dapat mengelak dari kesesakkan. Kami tidak akan berbuat demikian jika rakyat tidak setuju. Kami akan ikut kehendak rakyat," katanya.

Tengku Adnan mengulangi bahawa kemungkinan larangan hanya boleh dilaksanakan jika terdapat pengangkutan alternatif lain yang murah.
Tiada Larangan Motor 'Kapcai' Masuk KL Tiada Larangan Motor 'Kapcai' Masuk KL Reviewed by Kluang Today on 2:48 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Jom Belajar AutoCAD
Dikuasakan oleh Blogger.