Servis Terjemahan Dokumen

Wanita Habiskan Enam Botol Sos Cili Hanya 7 Minit

rozida-isa-sos-cili

Seorang wanita hanya mengambil masa selama tujuh minit untuk menghabiskan 6 botol sos cili dalam satu pertandungan yang diadakan di pusat beli-belah Amcorp Mall, di sini.

Sekaligus wanita berkenaan dinobatkan sebagai Juara Makan Pedas peringkat negeri Selangor dengan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM1,000 berserta piala.

Kemenangan tersebut, telah melayakkan Rozida Isa, 34, pergi ke peringkat kebangsaan yang bakal berlangsung hujung tahun ini.

Wanita berkenaan tidak menyangka mampu menghabiskan enam botol sos cili tersebut kerana terlalu teruja untuk memenangi pertandingan itu.

Menurut Rozida, dia sememangnya amat menyukai makanan atau masakan yang pedas sejak dari kecil lagi. Dia juga turut menyatakan keyakinan bahawa akan menang pertandingan ini setelah melihat iklan mengenainya di laman sosial.

Baca juga : Siapa Suka Makan Pedas Hidup Lebih Lama 

"Kini saya akan menumpukan perhatian kepada pertandingan peringkat kebangsaan dengan mengkaji strategi untuk mengalahkan 11 peserta lain yang turut bertanding nanti," katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Cili Sos Royal Pedas, Datuk Seri Ramesh Rao berkata, Selangor menjadi lokasi pertama pertandingan berkenaan untuk berentap di peringkat akhir di Kuala Lumpur nanti yang menawarkan hadiah wang tunai RM10,000.
Wanita Habiskan Enam Botol Sos Cili Hanya 7 Minit Wanita Habiskan Enam Botol Sos Cili Hanya 7 Minit Reviewed by Unknown on 10:36 PG Rating: 5

1 ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Jom Belajar AutoCAD
Dikuasakan oleh Blogger.