Servis Terjemahan Dokumen

Ibu Bapa Perlu Tegas Dan Pantau Kegiatan Anak-Anak - Sultan Johor

sultan-johor-9-remaja-maut

Insiden kemalangan maut yang melibatkan 9 remaja sekolah di Johor Bahru awal pagi tadi mendapat perhatian dari Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Sultan Johor dilaporkan tiba di rumah mayat Hospital Sultanah Aminah (HSA) bagi melawat keluarga dan waris mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

Pada pertemuan itu, Sultan Johor turut berkongsi perasaan sedih baginda apabila kehilangan anak.

Pada masa yang sama juga, Baginda turut memberi nasihat kepada masyarakat terutama sekali ibu bapa agar bersikap tegas dengan anak-anak serta sentiasa memantau pergerakan mereka agar tidak terlibat dengan insiden yang tidak diingini.


"Nasihat saya kepada semua, jaga dan pantau anak-anak serta tegur mereka. "Biar mereka menangis, jangan kita yang menangis.

"Saya sendiri sudah kehilangan anak dan saya faham perasaan anda," titah baginda.

Dalam kejadian 3.00 pagi itu, sekumpulan remaja sekolah berusia antara 13 hingga 17 tahun dilaporkan sedang melakukan aktiviti berbasikal di Jalan Lingkaran Dalam berhampiran perkuburan Mahmoodiah di sini sebelum dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang wanita dari arah belakang.
Ibu Bapa Perlu Tegas Dan Pantau Kegiatan Anak-Anak - Sultan Johor Ibu Bapa Perlu Tegas Dan Pantau Kegiatan Anak-Anak - Sultan Johor Reviewed by Unknown on 3:24 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Jom Belajar AutoCAD
Dikuasakan oleh Blogger.