Servis Terjemahan Dokumen

Bebas Keluar Malam Punca Anak Remaja Jadi Liar

remaja-liar-keluar-malam

Sedih hati kami apabila mendapat berita mengatakan 9 remaja sekolah berbasikal maut dilanggar sebuah kereta di Johor Bahru awal pagi tadi ketika mereka sedang lepak-lepak di bahu jalan.

Memetik laporan Berita Harian, seramai 16 penunggang basikal berusia antara lapan hingga 16 tahun itu dilaporkan berlumba dari simpang bersebelahan dengan Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah ke Dataran Bandaraya, tiba-tiba dirempuh sebuah kereta Nissan Almera yang dipandu seorang wanita dari belakang.

Kemalangan ngeri yang melibatkan anak remaja belasan tahun ini turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen.  Rata-rata pengguna media sosial mempersoal sikap ibu bapa remaja berkenaan kerana membiarkan anak mereka berpeleseran hingga lewat pagi.

Biarpun ada pihak menyatakan apa yang terjadi ini semuanya adalah kententuan Tuhan, namun sebagai ibu bapa, kita tidak boleh menyerahkan segalanya kepada takdir tanpa kita sendiri melakukan apa-apa.

Sebagai ibu bapa, tanggungjawab mendidik dan mengawal pergerakan anak-anak terletak di bahu sendiri, bukanya guru, pihak berkuasa ataupun pemimpin..

Tindakan membiarkan anak-anak yang masih di bangku sekolah bebas keluar rumah sehingga lewat malam tanpa arah dan tujuan yang baik adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

Banyak perkara yang tidak baik boleh berlaku kepada anak-anak ini sekiranya mereka dibiar bebas keluar pada waktu malam.

Apakah wajar remaja bawah 18 tahun ini diberi kebenaran keluar berbasikal hingga jam 3 pagi dan apakah mereka mampu membuat keputusan mana baik dan buruk apabila berada di luar sana?

Selain itu, peningkatan masalah sosial yang berlaku di kalangan remaja hari ini seperti dadah, lumba haram dan sebagainya berpunca dari sikap ibu bapa yang tidak peduli langsung tentang hal-hal anak mereka di luar.

Kesimpulanya, jangan biar atau izinkan anak remaja baik lelaki atau perempuan keluar malam tanpa arah tujuan jika tidak mahu ditimpa sebarang masalah dikemudian hari.

Semoga apa yang berlaku ini menjadi iktibar dan pengajaran pada kita semua. Jadilah ibu bapa yang bertanggungjawab!!
Bebas Keluar Malam Punca Anak Remaja Jadi Liar Bebas Keluar Malam Punca Anak Remaja Jadi Liar Reviewed by Unknown on 12:38 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Jom Belajar AutoCAD
Dikuasakan oleh Blogger.