Servis Terjemahan Dokumen

Rekabentuk Rumah Mini Mudah Alih Yang 'Ohsem'

micro-house-1

Disebabkan kadar sewa rumah yang terlalu mahal di bandar, satu keluarga di Belarus telah membuat keputusan untuk berpindah dan membina sebuah rumah mini yang berkeluasan 160 kaki persegi.

Rumah mini yang dibina sendiri itu, mampu memuatkan tiga orang dalam satu masa dan turut dilengkapi pelbagai kemudahan asas seperti bilik air, tempat tidur, ruang untuk memasak, malah mesin basuh pun ada.

Pendek kata, setiap inci ruang yang terdapat di rumah tersebut dimanfaatkan sebaik mungkin. Modal keseluruhan bagi membina rumah berkenaan dikatakan sekitar US$4600 (RM20,504.50) termasuk kelengkapan asas.

micro-house-3

Apa yang menariknya tentang rumah mini ini ialah boleh dibawa pindah ke mana sahaja asalkan mendapat kebenaran dari pihak berkuasa tempatan.

Rekabentuk rumah mini yang hebat seperti ini pastinya akan memberi ilham kepada sesiapa sahaja di luar sana yang belum memliki kediaman sendiri untuk membina rumah idaman dengan kos yang sangat murah.

Tapi harus diingat, rumah mini berkonsepkan DIY ini hanya boleh muat tiga orang sahaja. Memang tak dapat nak bayangkan jika tinggal di rumah seperti ini.

Like FB kami untuk melihat gambaran keseluruhan rumah mini yang sungguh ohsem ini.

Rekabentuk Rumah Mini Mudah Alih Yang 'Ohsem' Rekabentuk Rumah Mini Mudah Alih Yang 'Ohsem' Reviewed by Kluang Today on 10:39 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Jom Belajar AutoCAD
Dikuasakan oleh Blogger.