Servis Terjemahan Dokumen

Kerabat Raja Mana Pula Tengah 'Berkawan' Dengan Neelofa?

neelofa-omg-media-hub

Selepas kisah hubungan cintanya dengan Fattah Amin tidak menjadi, timbul pula gosip terbaru mengatakan Neelofa sekarang ini sedang menyemai benih cinta dengan seorang kerabat diraja.

Raja mana? Semestinya bukan Raja Kapoor..

Menurut sumber, ketika Neelofa hendak pergi menunaikan Umrah, turut kelihatan sebuah kereta milik kerabat diraja berada di  Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada waktu itu.

Jelas sumber itu lagi, kerabat diraja berkenaan digambarkan sebagai seorang yang berpengaruh. Namun, siapakah kerabat diraja yang dimaksudkan masih lagi menjadi teka-teki sehingga kini

Ketika ditanya mengenai perkara itu, Neelofa tidak menafikan gosip tersebut. Bagaimanapun dia enggan mengulas lanjut mengenainya selepas ia viral di media sosial. 

Semasa menjawab pertanyaan wartawan mengenai siapakah jejaka bertuah yang sedang memikat hatinya itu, Neelofa hanya tersenyum sambil memberi gambaran bahawa lelaki itu seorang kawan yang baik.

Dalam pada itu, Neelofa Mohd Noor, 28, turut merayu kepada netizen agar memberikanya ruang untuk bernafas seketika setelah diasak dan dikritik hebat dengan soal peribadi di laman sosial disebabkan hubungannya dengan aktor Fattah Amin.

Jelas Neelofa, dia tidak berhak untuk berasa tertekan disebabkan oleh orang lain namun dia mengakui hentaman yang berlaku sedikit sebanyak telah menghancurkan hatinya.
Kerabat Raja Mana Pula Tengah 'Berkawan' Dengan Neelofa? Kerabat Raja Mana Pula Tengah 'Berkawan' Dengan Neelofa? Reviewed by Unknown on 12:59 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Jom Belajar AutoCAD
Dikuasakan oleh Blogger.