Servis Terjemahan Dokumen

TMJ Calon Paling Layak Terajui FAM

Tunku-Ismail-TMJ-FAM

Siapa bakal menggalas tugas sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu akan ditentukan tidak lama lagi setelah Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan kesediaan untuk bertanding.

Kesudian dan kesediaan TMJ bertanding bagi merebut jawatan tertinggi dalam pengurusan FAM itu disambut baik peminat bola sepak seluruh tanah air sekaligus gus bakal mengubah senario bola sepak negara.

Memetik laporan Sinar Harian, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memberi perkenan untuk membenarkan anakandanya, Tunku Ismail disenarai sebagai calon bagi merebut kerusi panas FAM.

Persetujuan baginda itu dimaklumkan Timbalan Presiden Bolasepak Melaka, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi yang mewakili 14 gabungan FAM yang hadir bertemu Tuanku di Kelab Polo Istana Pasir Pelangi, di sini.

Berhubung perkenan itu, TMJ menerusi satu kenyataan berkata, dirinya hanya menurut dan menjunjung titah Sultan Johor yang mahu beliau melakukan perubahan dalam FAM dan mengembalikan semula kegemilangan bola sepak tanah air.
TMJ Calon Paling Layak Terajui FAM TMJ Calon Paling Layak Terajui FAM Reviewed by Kluang Today on 3:21 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Jom Belajar AutoCAD
Dikuasakan oleh Blogger.