Servis Terjemahan Dokumen

Kerajaan Kelantan Beri Galakkan Lelaki Kahwin Ramai

lelaki-kelantan-poligami
Gambar sekadar hiasan

Hasrat kerajaan Kelantan mahu melahirkan lebih ramai umat Islam di negeri itu dengan menggalakkan golongan lelaki berpoligami disambut baik netizen.

Bagi menjayakan hasrat tersebut, kerajaan negeri sedia membantu dengan memberi maklumat dan juga khidmat kaunseling kepada yang berhajat agar anak yang lahir daripada perkahwinan ini  menjadi contoh umat Islam yang baik.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga, Wanita dan Kebajikan negeri, Mumtaz Md Nawi berkata, langkah ini baik bagi mengelak sebarang masalah seperti pembahagian harta, hak isteri lain apabila suami menikah di negara jiran.

Memetik laporan Mstar, beliau berkata, kerajaan negeri mahu menggalakkan lebih ramai wanita melahirkan zuriat yang boleh dididik menjadi insan cemerlang.

"Bukan untuk lelaki untuk mengambil kesempatan dengan mempunyai ramai isteri semata-mata kerana nafsu," katanya.

Beliau berkata, perkahwinan yang berasaskan nafsu dan bukannya tanggungjawab berkemungkinan akan berakhir dengan penceraian.

"Seorang suami dan bapa yang bertanggungjawab penting untuk pembesaran anak-anak daripada segi fizikal dan rohaniah," katanya.
Kerajaan Kelantan Beri Galakkan Lelaki Kahwin Ramai Kerajaan Kelantan Beri Galakkan Lelaki Kahwin Ramai Reviewed by Kluang Today on 3:43 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Jom Belajar AutoCAD
Dikuasakan oleh Blogger.