Servis Terjemahan Dokumen

Nokia 3310 Versi Telefon Pintar Bakal Dilancar Mac Ini

nokia-3310-snake

Khabarnya, tidak lama lagi Nokia akan melancarkan semula model ikonik mereka iaitu Nokia 3310. Diakatakan juga, model telefon bimbit itu turut dilengkapi dengan ciri-ciri telefon pintar.

Kami difahamkan, pelancaran model tersebut yang dijangka pada awal Mac depan. Bagaimanapun, Nokia buat masa ini belum mendedahkan kepada umum spesifikasi terbaru yang ada pada  telefon mudah alih berkenaan.

Menurut sumber, pengeluar telefon bimbit dari Findland itu merancang untuk mengeluarkan model ini dengan harga yang sedikit mahal tapi mampu milik berdasarkan spesifikasi yang ditawarkan.

nokia-3310-smartphone

Jika diimbau kembali, model pertama Nokia 3310 dilancarkan pada tahun 2000. Telefon model ini sangat popular dan menjadi pilihan pengguna pada waktu itu.

Bukan sahaja tahan lasak, malah ketika bosan, permainan (game) yang terdapat dalam telefon tersebut juga mampu menghiburkan.

Usaha yang dilakukan Nokia untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan model 3310 ini disambut baik bekas penggunanya. Kami berharap dengan kelahiran semula ini, Nokia dapat mengekalkan ciri-ciri sedia seperti yang terdapat pada model pertamanya. 
Nokia 3310 Versi Telefon Pintar Bakal Dilancar Mac Ini Nokia 3310 Versi Telefon Pintar Bakal Dilancar Mac Ini Reviewed by Kluang Today on 4:05 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Jom Belajar AutoCAD
Dikuasakan oleh Blogger.