Servis Terjemahan Dokumen

Nora Danish Rancang Kahwin Nedim Tahun Ini

nora-danish-nedim-kahwin

Setelah sekian lama berstatus ibu tunggal, akhirnya Nora Danish membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya iaitu Nedim Nazri pada tahun ini.

Nora, 36, berkata, setelah berumah tangga kelak, dia tidak lagi menjadikan bidang lakonan sebagai kerjaya utamanya kerana ingin memberi tumpuan terhadap keluarga dan perniagaan yang diceburi.

"Pada usia begini, saya tidak mahu begitu serius dalam dunia lakonan seperti lima tahun lalu dan jika ternampak saya berlakon nanti, ia hanya sebagai hobi sahaja.

Saya merancang untuk berkahwin tahun ini dan Insya-Allah mahu memberi fokus yang lebih kepada keluarga serta  beberapa perniagaan yang saya ceburi," ujarnya.

Bagaimanapun, pelakon filem Isteri Untuk Dijual itu belum bersedia untuk berkongsi secara terperinci mengenai tarikh perkahwinannya.
Nora Danish Rancang Kahwin Nedim Tahun Ini Nora Danish Rancang Kahwin Nedim Tahun Ini Reviewed by Unknown on 12:21 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Jom Belajar AutoCAD
Dikuasakan oleh Blogger.