Servis Terjemahan Dokumen

Cara Semak Samada Blog Anda Mesra SEO Atau Tidak

seo-analyzer-info-anda
Memilih dan memasang template blog yang kononya sudah mesra SEO (Search Engine Optimization) masih lagi belum dapat menjamin bahawa blog anda itu benar-benar dilengkapi dengan ciri-ciri SEO sepenuhnya.

Adakalanya template blog kononya 'mesra' SEO yang kita muat turun dari laman-laman web atau blog yang menyediakan pelbagai variasi template untuk blog itu sendiri tidak mempunyai ciri-ciri SEO yang lengkap, nak lagi jika template blog itu PERCUMA.

Tidak dinafikan terdapat juga template-template blog percuma yang mana prestasi SEOnya berada pada tahap yang terbaik di mana kita tidak perlu banyak melakukan perubahan pada template blog tersebut.

Namun semua itu bergantung pada usaha kita sendiri untuk mengenal pasti, membuat pilihan berdasarkan panduan memilih template blog serta melakukan semakan samada template  yang kita pasang itu mesra SEO (SEO Friendly) atau tidak dengan menggunakan aplikasi tertentu.

Bagi anda yang sememangnya otai atau sudah lama menceburi dunia blogging pastinya sudah tahu tentang prestasi blog masing-masing bukan? Walaupun isu ini telah banyak dibahaskan di laman-laman blog tapi terdapat juga ramai blogger baru masih lagi tercari-cari cara yang berkesan untuk memastikan blog milik mereka mesra SEO seperti yang diharapkan.

Dalam artikel kali ini turut disediakan panduan atau cara untuk membuat semakan samada blog kita yang sudah diubahsuai itu telah dilengkapi dengan ciri-ciri SEO.

Langkah pertama, sila masuk ke laman web CheckMySEO Blog

chkme-seo-info-anda

Langkah kedua pula, masukkan alamat atau domain blog anda di dalam ruangan yang disediakan seperti pada gambar di atas. Kemudian klik pada butang Check SEO Scroe

Langkah ketiga, setelah butang check SEO score diklik, akan terpapar rumusan maklumat tentang prestasi SEO blog anda seperti yang dilihat pada foto di bawah.

chkme-info-anda-2

chkme-info-anda-3

Sungguh mudah bukan? Memadailah sekiranya prestasi SEO blog kita berada pada tahap 80 peratus. Jika dalam ujian peperiksaan sekolah sudah tentu kita mendapat markah A hasil dari berkat rajin berusaha. Sekiranya markah SEO blog berada pada tahap di bawah 80 peratus maknaya blog anda belum mesra SEO sepenuhnya. Kerja-kerja menambah baik blog perlu dilakukan berdasarkan maklumat yang diberikan, semak semula keseuaian validity HTML5, meta tags yang digunakan dan paling penting sekali ialah penggunaan H tag (h1, h2, h3) yang betul.

Untuk info anda, melalui laman chkme.com ini juga selain boleh membuat semakan terhadap prestasi SEO blog, kita juga boleh membuat semakan kedudukan blog kita di pelayar-pelayar web terkemuka seperti Google, Yahoo dan Bing.com. Selain itu, kita juga boleh menimbang berat dan nilai blog.

Nota: Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila klik butang pilihan 'share' di bawah agar info ini dapat disebarkan pada yang lain. Terima kasih. 
Cara Semak Samada Blog Anda Mesra SEO Atau Tidak Cara Semak Samada Blog Anda Mesra SEO Atau Tidak Reviewed by Unknown on 11:50 PG Rating: 5

1 ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Jom Belajar AutoCAD
Dikuasakan oleh Blogger.