Jika dahulu bila bercerita berkenaan insurans ramai yang buat tidak kisah atau peduli malah ada yang lari bila agen insurans datang mendekati. Namun keadaan pada waktu itu sudah berubah hari ini apabila masyarakat mula sedar akan kepentingan insurans tersebut.
Disaat kos sara hidup semakin meningkat dari tahun ke tahun termasuk kos rawatan dan perubatan, masyarakat mula sedar dan mencari alternatif lain sebagai sokongan untuk menyediakan diri mereka serta keluarga sebelum berdepan dengan sebarang masalah yang tidak diduga.
Malang tidak berbau, pada bila-bila masa sahaja musibah boleh berlaku pada diri kita atau ahli keluarga. Sebagai langkah awal sebelum berdepan dengan situasi ini, maka dengan mengambil polisi insurans adalah jalan terbaik untuk meringankan beban kos yang bakal ditanggung sekiranya ditimpa kecelakaan. Sekurang-kurangnya satu polisi insurans sudah memadai asalkan ia melindungi diri kita dan ahli keluarga.
TETAPI, sebelum itu ada beberapa perkara penting perlu diteliti dan dipertimbangkan terlebih dahulu sebelum menandatangani polisi insurans yang disediakan pihak bank atau organisasi tertentu yang menawarkan perkhidmatan insurans tersebut untuk mengelakan berlaku sebarang salah faham atau penipuan.
1. Jangan Malas Semak Polisi Insurans
Tabiat malas membaca sememangnya sinonim dengan rakyat Malaysia, nak-nak lagi bila membaca syarat dan terma panjang berjela yang tercatat dalam polisi insurans. Ramai yang membeli polis insurans hari ini hanya main setuju dan tandatangan sahaja tanpa meneliti kandungan yang terdapat dalam polisi insurans yang diambilnya. Jika berlaku sebarang masalah phiak insurans pula dipersalahkan apabila ingin membuat sebarang tuntutan.
2. Kenal Pasti Insurans Yang Hendak Dibeli
Terdapat bermacam-macam jenis polisi insurans boleh kita beli hari ini, sebut sahaja insurans apa yang kita mahu, malah polisi insurans untuk melindungi nombor telefon bimbit juga turut disediakan. Antara polisi insurans yang popular menjadi pilihan sekarang ialah insurans yang disertakan dengan medical card. Mengambil polisi insurans ini (medical card) banyak manfaatnya jika berlaku sebarang kemalangan kita boleh mendapatkan rawatan tanpa membayar sesen pun termasuk wang pendahuluan.
3. Jangan Mudah Termakan Dengan Pujuk Rayu
Situasi ini memang sukar nak dielakan apabila agen insurans yang membuat temujanji menerangkan polisi insurans yang dijual mereka itu adalah seorang wanita. Walaupun tiada unsur paksaan dalam jual beli insurans, namun tidak dapat dinafikan bahawa ada yang mudah 'cair' apabila agen insurans wanita ini cuba memujuk rayu supaya membeli produk insurans mereka.
4. Teliti Dahulu Polisi Perlindungan Yang Diberikan Syarikat Insurans
Akibat malas membaca, terdapat segelintir pemegang polisi insurans merasakan diri mereka tertipu dengan produk insurans yang dibeli. Jika semua jenis penyakit atau kemalangan perlu diinsuranskan, boleh jatuh bankrap syarikat atau pihak bank yang menyediakan perkhidmatan tersebut. Cuba teliti semula polisi insurans yang diambil dan cuba faham betul-betul keterangan tentang kemalangan atau penyakit yang dilindungi oleh polisi insurans yang dibeli. Itupun kalau kita masih menyimpanya.

Jom dapatkan maklumat insurans anda di sini |

5. Rancang Polisi Insurans Yang Ingin Dibeli
Semakin meningkat usia kita, maka semakin tinggi jumlah wang yang perlu dibayar untuk mendapatkan segala kemudahan yang disediakan oleh pihak syarikat insurans. Oleh itu disarankan supaya membeli polisi insurans pada usia muda dan kalau boleh beli sekali polisi insurans yang memberi kemudahan simpanan untuk hari tua.
Nota: Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila klik butang pilihan 'share' di bawah agar info ini dapat disebarkan pada yang lain. Terima kasih.
Jangan Terburu-Buru Membeli Insurans
Reviewed by Unknown
on
2:22 PG
Rating:
Tiada ulasan:
Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih