Servis Terjemahan Dokumen

Netbook 1Malaysia Hadiah Sempena Hari Gikgu Pada Seluruh Guru Di Malaysia

Bertuah sungguh menjadi guru, kebajikan mereka setiasa dijaga supaya terus gigih mendidik anak bangsa. Sebagai menghargai jasa mereka kerana tidak pernah kenal erti putus asa,  bersempena hari guru 2014 Kerajaan melalui Menteri Komunikasi dan Multmedia telah bersetuju untuk memberi Netbook 1Malaysia sebagai hadiah kepada seluruh guru di Malaysia.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dalam catatan laman sosial Facebook miliknya menyatakan bahawa pemberian Netbook 1Malaysia itu telah dipersetujui Kabinet.

guru-netbook-1malaysia

Menurutnya lagi, untuk permulaan kira-kira 400,000 guru di seluruh negara akan menerima komputer riba tersebut dan selebihnya akan diberi secara berperingkat.

Untuk info anda, program pemberian Netbook 1Malaysia telah diperkenalkan pada 2010. Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan kadar celik IT dan komputer di kalangan masyarakat luar bandar. Sehingga hari ini lebih 1.7 juta Netbook 1Malaysia telah diagihkan kepada pelajar sekolah dan universiti yang disasarkan kepada golongan keluarga kurang berkemampuan atau berpendapatan rendah.

Semoga dengan inisiatif yang dilakukan Kerajaan ini dapat menyuntik semangat para guru di seluruh Malaysia agar terus komited  dalam mendidik anak bangsa sehingga jadi insan yang berjaya. Biarpun hanya sekadar netbook biasa, namun besar nilainya pada  guru yang  tahu erti bersyukur dan berterima kasih.

Nota: Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila klik butang pilihan 'share' di bawah agar info ini dapat disebarkan pada yang lain. Terima kasih. 
Netbook 1Malaysia Hadiah Sempena Hari Gikgu Pada Seluruh Guru Di Malaysia Netbook 1Malaysia Hadiah Sempena Hari Gikgu Pada Seluruh Guru Di Malaysia Reviewed by Unknown on 12:35 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Jom Belajar AutoCAD
Dikuasakan oleh Blogger.