Servis Terjemahan Dokumen

Panduan Penting Yang Perlu Difahami Sebelum Mohon Kad Kredit

Hari ini siapa sahaja mampu memiliki kad kredit. Bukan setakat mereka yang bergaji tinggi, malah pekerja kilang yang berjawatan operator juga turut tidak ketinggalan menggunakan perkhidmatan kewangan ini dengan tujuan tertentu.

Berbelanja tanpa perlu mengeluarkan wang 'sebenar' memang menyeronokan kerana tidak perlu risau wang dalam poket tidak mencukupi dan yang paling penting sekali ialah kehendak hati yang paling dihajati sudah dimiliki.

panduan-kad-kreditMemiliki kad kredit sudah tentu ada baik dan buruknya, namun semua itu terpulang pada tabiat kita ketika berbelanja. Jika kita bijak mengurus kewangan sudah tentu dengan adanya kad kredit  ini akan memudahkan segala urusan harian termasuk membeli barang secara atas talian (online). Jika kita jenis yang boros dan sukar mengawal tabiat berbelanja, kemudahan pinjaman kad kredit ini boleh mendatangkan becana besar sehingga menjadikan seseorang itu bankrap atau jatuh mulis.

Sebelum kita menandatangani borang persetujuan mendapatkan kad kredit yang ditawarkan oleh pihak bank, terdapat beberapa perkara penting yang perlu kita pertimbangkan terlebih dahulu sebelum terus bersetuju dengan terma dan syarat yang dikenakan. Langkah penting ini perlu diambil peduli  jika kita tidak mahu menanggung hutang hingga ke mati.

1. Tujuan Utama Mohon Kad Kredit

Hidup ini mesti ada tujuan. Hidup tanpa tujuan boleh menjadikan diri kita tidak terurus dan sentiasa dirundung masalah. Serupa juga dengan tujuan utama kita memohon kad kredit. Sudah tentu kita sudah membuat perancangan dan perkiraan yang rapi setelah ditolak tambah beberapa perkara sebelum berjumpa  jurubank wanita yang setiasa tersenyum dan menuturkan ayat-ayat manis bertujuan untuk memujuk kita melanggan produk kad kredit yang ditawarkan bank mereka.

Pastikan tujuan kita jelas sebelum memohon kad kredit dan dapatkan kad kredit jika kita benar-benar yakin ia boleh beri banyak manfaat kepada kita, bukanya kerana hendak berseronok atau bermegah-megah seperti orang kaya.

2. Teliti Terlebih Dahulu Caj Yang Dikenakan

Jangan kerana terlalu teruja menggunakan kad kredit, membuatkan kita terlupa tantang caj yang bakal dikenakan jika kita terlewat membayar bil kad kredit. Sebelum permohonan kad kredit diluluskan dahulu, pasti kita pernah berangan-angan akan membayar bil kad kredit mengikut masa yang ditetapkan, tetapi selepas itu lain pula jadinya.

Sebagai pengguna kad kredit yang bijak tentunya sedar dan setiasa mengambil berat tentang setiap caj yang dikenakan oleh pihak bank. Kebanyakan maklumat berkenaan jadual pembayaran atau caj yang dikenakan pada pengguna kad kredit kini boleh didapati dengan mudah secara atas talian atau berhubung terus dengan pegawai bank.

3. Bijak Sahaja Tidak Cukup Kalau Tidak Berdisplin

Jika anda seorang yang sering melanggar peraturan dan tidak pernah menepati masa, lebih baik lupakan sahaja nawaitu anda untuk memliki kad kredit. Berhutang melalui kad kredit ini hanya layak pada individu yang mempunyai tahap displin yang tinggi dan bijak mengurus kewangan sendiri. Perkara yang melibatkan wang tidak boleh dibuat main-main kalau tidak, silap-silap hari bulan boleh merana badan.

Perlu diingatkan sekali lagi bahawa memiliki kad kredit menuntut kita menguruskan kewangan dengan cekap. Sekiranya kita mahu maklumat lanjut yang lebih mendalam berkenaan cara mengurus penggunaan kad kredit, pihak bank juga turut menyediakan khidmat pakar runding kewangan yang sedia membantu pada bila-bila masa.

Jadi, apa keputusan anda?

Nota: Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila klik butang pilihan 'share' di bawah agar info ini dapat disebarkan pada yang lain. Terima kasih.
Panduan Penting Yang Perlu Difahami Sebelum Mohon Kad Kredit Panduan Penting Yang Perlu Difahami Sebelum Mohon Kad Kredit Reviewed by Unknown on 11:24 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Jom Belajar AutoCAD
Dikuasakan oleh Blogger.