Bagi menghormati jasad orang yang sudah mati dan menjaga perasaan ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden malang MH17 yang ditembak jatuh di zon Timur Ukraine pada Khamis lepas, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) merayu kepada orang ramai terutamnya pemilik laman sosial agar tidak menyebar atau memuat naik kandungan mahupun gambar mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17.
Dalam satu kenyataan media, Pengerusi SKMM Datuk Mohamed Sharil Tarmizi turut menasihatkan pengguna laman sosial seperti Facebook supaya tidak berkongsi atau meletakkan pautan berkaitan insiden seperti gambar mangsa nahas yang menyayat hati demi menjaga hati ahli keluarga mangsa yang sedang dalam kesedihan.
Pengurusi SKMM yang mewakili seluruh kakitangan jabatanya itu turut menzahirkan rasa sedih dan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga dan rakan-rakan mangsa yang kehilangan nyawa akibat dari peristiwa malang itu.
Pesawat MH17 milik Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dilaporkan berlepas dari Amsterdam, Belanda menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dan dijangka tiba pada 6.10 pagi itu membawa seramai 283 penumpang dan 15 anak kapal.
Berdasarkan kenyataan media Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada awal pagi Khamis lepas percaya bahawa peswat malang yang melintasi ruang udara Ukraine itu telah ditembak jatuh dengan peluru berpandu jarak jauh.
Namun sehingga kini siapa pihak yang bertanggunjawab melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam itu masih boleh diketahui lagi kerana kedua-dua negara yang bertelagah masih tuding-menuding jari menyalahkan antara satu sama lain.

Jangan Siar Foto Mayat Mangsa Demi Hormati Perasaan Ahli Keluarga
Reviewed by Unknown
on
9:49 PG
Rating:

Tiada ulasan:
Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih