Servis Terjemahan Dokumen

Penduduk Tempatan Lihat Mayat Penumpang Jatuh Dari Udara

mh17-infoanda-doll

Insiden malang yang menimpa pesawat milik Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), MH17 kini sudah masuk hari ketiga. Namun pihak yang bertanggunjawab melakukan pengeboman terhadap pesawat tersebut masih belum muncul membuat pengakuan.

Menurut beberapa laporan wartawan yang berada di kawasan kejadian menyifatkan keadaan yang menimpa pesawat malang dari Malaysia itu sebagai satu suasana paling menyayat hati apabila kelihatan mayat bergelimpangan dan serpihan  pesawat yang berkecai akibat dibom.

Ketika ditemuramah, penduduk tempatan menyifatkan kejadian yang berlau itu amat mengerikan kerana pesawat berkecai dengan ledakan yang kuat dan mayat jatuh bertaburan dari udara di kawasan ladang jagung mereka.

Memetik laporan New York Times, terdapat beberapa mayat terselit di sebalik serpihan pesawat masih dalam keadaan sempurna tetapi dengan kesan luka di bahagian muka dan badan walaupun ia jatuh pada jarak ketinggian 30,000 kaki.

Anggota bomba dilaporkan sedang bertungkus lumus hingga ke lewat malam mengumpul cebisan bangkai pesawat yang bersempai dan membuat penandaan dengan kain atau reben putih terhadap cebisan anggota badan mangsa yang berselerakan sambil dikawal puak pemisah.
Penduduk Tempatan Lihat Mayat Penumpang Jatuh Dari Udara Penduduk Tempatan Lihat Mayat Penumpang Jatuh Dari Udara Reviewed by Unknown on 11:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Jom Belajar AutoCAD
Dikuasakan oleh Blogger.