Servis Terjemahan Dokumen

Ketahui Asal-Usul Domain Name Dan Sejarah Perkembanganya


Pasti ramai di antara pemilik web site atau laman blog yang membeli atau menyewa nama domain untuk laman web masing-masing hari ini tidak tahu akan sejarah awal dan perkembangan  nama domain yang dilanggan.

Dalam artikel kali ini, penulis akan berkongsi dengan pengunjung blog infoanda.net secara ringkas tentang asal-usul nama domain atau dalam istilah bahasa orang putih disebut domain name.

Seiring dengan perkembangan zaman digital hari ini di mana semua sumber maklumat berada dihujung jari, maka nama domain memainkan peranan penting sebagai alat perantara dan penyebaran maklumat yang boleh diakses oleh semua orang melalui PC ataupun peranti digital seperti telefon bimbit dan tablet pintar.

Untuk info anda, nama domian juga merupakan satu pengenalan bagi menentukan autonomi pentadbiran, kuasa dan kawalan terhadap intertnet. Menurut maklumat yang dipetik dari Majalah PC, menjelaskan bahawa nama domain dibentuk  oleh undang-undang dan prosedur Domain Name System (DNS).

Pada tahun ini sahaja dilaporkan jumlah nama domian yang berdaftar telah berkembang kepada 265 juta dan dijangka akan meningkat lagi pada tahun depan berikutan kesedaran tentang bertapa pentingnya nama domain ini bagi pengguna internet terutamanya golongan ahli perniagaan dan pemilik laman web.

Nama domain terawal wujud pada tahun 1985 dan pertama kali digunakan oleh sebuah syarikat komputer, Symbolics Inc yang berpangkalan di Massachusetts pada ketika itu dengan menggunakan nama domain Symbolics.com sebelum diambil alih secara rahsia oleh XF.com INvestments pada tahun 2009.

 

Memandangkan penggunaan nama domain semakin popular dan boleh mendatangkan keuntungan, maka dasar pedaftaran nama domain percuma telah ditamatkan dan digantikan dengan nama domain berbayar berkuatkuasa pada tahun 1995. Pada masa itu, syarikat perunding  teknologi, Networks Solutions telah diberi kebenaran untuk mengenakan bayaran sebanyak USD100 pada setiap nama domain yang didaftarkan untuk tempoh masa dua tahun.

Menjelang tahun 1998, Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat telah mengusulkan satu kertas cadangan untuk penswastaan DNS dan ICANN yang bertujuan untuk meningkatkan persaingan dalam pasaran dan menggalakkan penyertaan dari peringkat antarabangsa.

Bagi melindungi kepentingan awam dan mengekang masalah penyalahgunaan nama domain oleh pencipta nama domain dengan niat untuk menipu, pada tahun 2003, satu undang-undang atau akta kebenaran dalam nama domain telah digubal bagi menghukum pihak yang didapati bersalah.

Vacationrentals.com diumumkan  sebagai nama domain termahal pada tahun 2007 apabila Ben Sharples membeli nama domain tersebut dengan harga USD35 juta semata-mata tidak mahu dibeli oleh pesaingnya dari Expedia.

Oleh kerana kegilaan 'mahu memiliki dunia', seorang spekulator domain, Mike Mann pada April tahun 2012 telah berjaya mendaftarkan  sebanyak 14,962 nama domain dalam masa 24 jam.

Oleh kerana pemilihan nama domain yang pendek dan ringkas menjadi trend pada tahun 2013. Telah menyebabkan kesemua 456,976 nama domain yang menggunakan kombinasi empat aksara seperti AAAA.com hingga ZZZZ.com telah habis digunakan.

Untuk mengatasi masalah kehabisan nama domain, pada tahun 2014, lebih dari 100 nama domain generik (gLTD) diperkenalkan oleh syarikat penyediaan nama domain masa kini seperti .org, .gov, .net.

Sesuai dengan kepesatan dan kemajuan dunia perniagaan hari ini, sudah pasti ada pihak koperat berhasrat mendaftarkan nama domain berdasarkan nama syarikat masing-masing seperti .apple dan .hyundai serta banyak lagi.
Ketahui Asal-Usul Domain Name Dan Sejarah Perkembanganya Ketahui Asal-Usul Domain Name Dan Sejarah Perkembanganya Reviewed by Unknown on 10:13 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Jom Belajar AutoCAD
Dikuasakan oleh Blogger.