Servis Terjemahan Dokumen

Smart Cockroach Trap Sedia Atasi Masalah Lipas Dalam Kereta Anda

info-lipas-lawak
Luaran kereta sahaja nampak cantik tapi di dalamnya, mak datuk banyak betul lipas. Situasi ini pastinya akan membuat sesiapa sahaja merasa bengang dan orang lain pula takut untuk menaiki kereta kita kerana bimbang lipas masuk ke dalam seluar atau merayap naik ke dalam kain.

Bagi pemilik kereta yang jenis 'penakut' dengan lipas situasi ini pastinya akan mengundang bahaya seperti kemalangan yang boleh mendatangkan mudarat pada diri sendiri dan juga penumpang.

Cuba bayangkan, ketika sedang khusyuk memandu, tiba-tiba kelibat anak lipas muncul dan melintas di atas dashboard atau merayap di bawah tempat letak kaki di bahagian pemandu, secara refleksnya pemandu akan terkejut dan melompat sambil melatah kerana takut.

Kebiasaanya, masalah lipas bersarang dan beranak-pinak di dalam kereta ini berpunca dari sikap pemandu itu sendiri yang hanya mementingkan soal luaran dan tidak peduli sangat mengenai kebersihan bahagian dalaman kereta.

Selain itu, kereta yang jarang dipandu juga menjadi faktor membiaknya lipas  dalam kereta. Ia terjadi apabila sisa-sisa makanan jatuh di celah-celah bahagian kereta yang sukar dicapai dan terbiar berminggu-minggu sehingga si pemilik tergerak hati menghantar keretanya untuk dicuci dan dibersihkan.

Cara mengatasi masalah lipas dalam kereta ini telah lama dibahaskan di media maya. Namun ianya tetap menghantui para pemandu kereta hingga ke hari ini. Pelbagai cara telah digunakan untuk mengatasi masalah serangga ini termasuk menggunakan kaedah konvensional seperti semburan racun serangga  hingga ke cara tradisional seperti menggunakan daun pandan.

info-perangkap-lipas

Bagi anda yang sedang mencari alternatif lain untuk mengatasi masalah lipas ini, penulis ingin mengesyorkan satu produk perangkap lipas yang dicipta khas untuk kereta. Produk ini bukan sahaja terbukti berkesan, malah ianya selamat digunakan kerana perangkap lipas jenis ini tidak menggunakan racun dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Perangkap lipas yang berasaskan pelekat ini juga boleh digunakan sehingga dua bulan dan amat sesuai untuk pemilik kenderaan yang jarang memandu kereta atau jarang membersihkan kereta disebabkan tidak cukup masa untuk berbuat demikian.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Smart Cockroach Trap ini, sila ajukan pertanyaan atau tempahan anda di sini atau hantar pesanan melalui aplikasi Whatsapp pada telefon yang tertera di bawah. Selain ia terbukti berkesan, harganya pula sangat berpatutan. Bila lipas hilang, pandu kereta pun rasa tenang. Betul tak!
Smart Cockroach Trap Sedia Atasi Masalah Lipas Dalam Kereta Anda Smart Cockroach Trap Sedia Atasi Masalah Lipas Dalam Kereta Anda Reviewed by Unknown on 3:32 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Jom Belajar AutoCAD
Dikuasakan oleh Blogger.