Servis Terjemahan Dokumen

Kelebihan Dan Keistimewaan Untuk Anda di Pusat Rawatan Al-Qayyum

al-qayyum-rawatan-1

Setiap pusat rawatan atau penjagaan kesihatan yang berdaftar tidak kira  rawatan moden atau alternatif (rawatan Islam) sudah pasti mempunyai matlamat atau piagam pelangganya tersendiri.

Selain dari misi untuk merawat pesakit sehingga pulih (dengan izin Allah), keselesaan dan kepuasan hati pelanggan yang datang mendapatkan rawatan juga turut menjadi keutamaan  bagi setiap pusat rawatan yang ada di negara ini.

Lain pusat rawatan sudah tentu lain kelebihan dan keistimewaanya. Semua ini bergantung pada khidmat yang ditawar dan kaedah rawatan yang dijalankan. Sama ada berkesan atau tidak rawatan yang dilakukan, ia bergantung pada faktor keizinan Allah S.W.T. Sebagai manusia kita hanya berusaha dan berdoa.

Oleh itu, dalam artikel kali ini penulis ingin berkongsi serba sedikit dengan pembaca blog Info Anda tentang keistimewaan dan kelebihan  yang terdapat di Pusat Rawatan Al-Qayyum.

Rawatan Sokongan Kepada Perubatan Moden

Melalui kaedah penyembuhan holistik Islamiah, khidmat rawatan yang ditawarkan Pusat Rawatan Al-Qayyum boleh diaplikasikan sebagai rawatan utama, rawatan terapi atau rawatan sokongan kepada perubatan moden

Mempercepat Proses Penyembuhan Dan Mengurangkan Rasa Sakit

Setiap pesakit yang datang ke pusat rawatan sudah pasti berharap agar masalah atau penyakit yang dihidapi lekas sembuh supaya dapat mengurangkan kesakitan yang ditanggung.

Selain itu, tidak semua masalah atau penyakit yang dihadapi individu dapat diubati melalui kaedah perubatan moden. Melalui kaedah penyembuhan holistik Islamiah yang ditawarkan Pusat Rawatan Al-Qayyum, dengan izin Allah, segala masalah atau penyakit yang tidak dapat diubati tadi dapat disembuhkan dengan segera.

al-qayyum-rawatan-3

Bukan Semata-Mata Merawat

Bagi sesetengah pusat rawatan, khidmat yang ditawarkan hanya tertumpu pada rawatan luaran atau fizikal sahaja. Tapi tidak di Pusat Rawatan Al-Qayyum, kerana melalui kaedah penyembuhan holistik Islamiah, pesakit turut diberi terapi minda, jasad, rohani, hati dan jiwa agar mereka tahu bahawa setiap musibah yang datang itu adalah ujian dari Allah.

Amalan Doa, Zikirullah Dan Ayat-Ayat Suci Al-Quran

Sebagai pengamal perbuatan Islam, sudah tentu amalan seperti ini tidak boleh ditinggalkan. Membaca ayat-ayat suci Al-Quran, zikirullah atau doa-doa mustajab merupakan perkara asas yang mesti dipraktikan secara intensif seperti mana yang telah diterapkan ke dalam diri setiap perawat di Pusat Rawatan Al-Qayyum.

Variasi Teknik Rawatan Dan Kepakaran

Kelebihan ini mungkin tidak terdapat di pusat rawatan lain. Melalui variasi teknik rawatan yang  turut digabungkan dengan perlbagai kepakaran dalam bidang pengubatan, pelanggan atau pesakit yang datang mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan di Pusat Rawatan Al-Quayyum boleh membuat pilihan sendiri pakej rawatan yang dirasakan perlu dan sesuai berdasarkan apa masalah atau jenis penyakit yang dihidapi.

Antara kepakaran dan teknik pengubatan yang terdapat di Pusat Rawatan Al-Qayyum ialah kaedah perubatan Islam. Teknik mengubat atau merawat ini berpandukan kepada bacaan ayatul quran, doa-doa mustajab, zikirullah, solat hajat serta teknik-teknik pengubatan yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW seperti tepukan cup di belakang badan, air zam-zam, habbatus sawda, minyak zaitun, kurma dan sebagainya.

al-qayyum-rawatan-2

Selain itu, Pusat Rawatan Al-Qayyum turut menawarkan khidmat perubatan melalui kaedah tradisional (penggunaan limau nipis, air kelapa, daun sireh dan sebagainya) seperti mana yang pernah digunakan oleh pengamal perubatan Melayu rumpun nusantara sejak turun-temurun.

Khidmat atau kaedah perubatan alternatif seperti tenaga aura dalaman, tenaga luaran, terapi cahaya, terapi aroma, terapi warna dan lain-lalin  turut ditawarkan di Pusat Rawatan Al-Qayyum.

Di Pusat Rawatan Al-Qayyum juga turut menawarkan kaedah perubatan suplimentari (makanan kesihatan dan nasihat pantang larang pemakanan bagi orang yang sakit) kepada pesakit atau pelanggan yang datang samada untuk mendapatkan rawatan atau khidmat nasihat.

Di samping itu juga, Pusat Rawatan Al-Qayyum turut menawarkan khidmat rawatan yang menyokong kepada kesihatan seseorang seperti urutan dan refleksologi (kaedah perubatan komplimentari) kepada yang memerlukan rawatan tersebut.

Rawatan Eksklusif, Professional Serta Maklumat  Pesakit Dilindungi

Selain dari menyediakan suasana dalaman yang kondusif, selesa dan menenangkan. Pusat Rawatan Al-Qayyum juga turut memberi khidmat rawatan yang terbaik dan eksklusif kepada setiap pesakitnya.

Setiap pesakit yang datang mendapatkan rawatan akan dilayan secara professional. Semasa proses rawatan, pesakit akan ditempatkan di sebuah bilik khas yang tidak bercampur dengan pesakit lain.

Segala maklumat peribadi yang berkaitan dengan pesakit sentiasa dianggap sulit, rahsia serta dilindungi bagi menjaga privasi, maruah diri pesakit.

Dalam pada itu juga, kesalamatan, faedah serta kepuasan setiap pesakit yang datang mendapatkan rawatan turut menjadi keutamaan Pusat Rawatan Al-Qayyum. Matlamat ini boleh dicapai melalui kaedah penyembuhan holistik Islamiah yang dijalankan secara sistematik, mengikut protokol dan prosedur (SOP) yang ditetapkan.

Setakat ini dahulu penulis dapat kongsikan tentang keistimewaan dan kelebihan yang ada di Pusat Rawatan Al-Qayyum. Sekiranya anda bercadang untuk medapatkan rawatan alternatif yang bercirikan Islam dan menepati kehendak syarak, Pusat Rawatan Al-Qayyum adalah pilihan yang tepat untuk menyelesaikan segala permasalahan yang dihadapi dengan izin Allah SWT.
Kelebihan Dan Keistimewaan Untuk Anda di Pusat Rawatan Al-Qayyum Kelebihan Dan Keistimewaan Untuk Anda di Pusat Rawatan Al-Qayyum Reviewed by Unknown on 9:29 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Jom Belajar AutoCAD
Dikuasakan oleh Blogger.