Servis Terjemahan Dokumen

Oktoberfest Pesta Minum Arak Terbesar Di Dunia

oktoberfest-girls

Cerita tentang pesta Oktoberfest tiba-tiba menjadi bualan hangat di media massa hari ini apabila Shah Alam yang terkenal dengan jolokan  Bandaraya Islam telah dipilih penganjur sebagai tuan rumah bagi acara tersebut.

Biarpun pesta minum arak secara besar-besar itu mendapat bantahan keras dari banyak pihak terutamya umat Islam yang tinggal di kawasan Shah Alam kerana bimbang ia akan mengundang bala Allah, pihak penganjur tetap mahu meneruskan pesta tersebut setelah mendapat kelulusan dari pihak Majlis Bandaray Shah Alam (MBSA).

Untuk Info Anda, sejarah pesta Oktoberfest ini telah bermula sejak tahun 1810 lagi di Munich, Bavaria, Jerman. Pesta ini disambut  bagi meraikan majlis perkahwinan Putera Ludwig I dan Puteri Therese dari Saxe-Hildburghausen dengan menjemput seluruh penduduk Munich berkumpul di satu kawasan padang yang luas pada ketika itu.

Menurut sumber, pesta Oktoberfest ini disambut pada setiap akhir bulan September hingga menjelang awal bulan Oktober. Festival ini merupakan satu acara tahunan yang terkenal di negara Jerman dan terbesar di dunia kerana setiap kali dianjurkan ia mampu menggamit lima hingga enam juta pengunjung.

bir girl oktoberfest

Bandar-bandar lain di dunia turut tidak ketinggalan menganjurkan pesta Oktoberfest dengan menggunakan tema yang sama seperti di Bavaria, Jerman, dengan menampilkan model wanita cantik dan bertubuh seksi berpakaian seperti seorang pelayan sambil memegang 10 atau 12 mug besar yang di penuhi arak.

Dari tahun ke tahun, pelbagai aktiviti seperti perarakan, pertunjukan pertanian, permainan karnival, aktiviti menunggang dan persebahan muzikal  telah ditambah bagi memeriahkan lagi sambutan pesta Oktoberfest dan menjadikan acara tersebut sebagai satu festival yang bertaraf dunia.

Sepanjang tempoh masa 16 hari pesta ini berlangsung, ribuan pengunjung berkumpul di khemah-khemah besar, berhibur, bersosial sepanjang masa sambil menikmati makanan dan hidangan arak berkualiti tinggi yang disediakan. Setiap kali pesta ini diadakan, lebih kurang 8 juta liter arak diminum setiap tahun.

Berdasarkan rekod, festival Oktoberfest ini pernah dibatalkan penganjuranya sebayak 24 kali dalam sejarahnya berikutan penularan wabak taun, kejatuhan ekonomi yang teruk dan peperangan yang kerap berlaku.
Oktoberfest Pesta Minum Arak Terbesar Di Dunia Oktoberfest Pesta Minum Arak Terbesar Di Dunia Reviewed by Unknown on 12:24 PG Rating: 5

2 ulasan:

  1. Wow! Macam best je..

    BalasPadam
  2. kalau betul jd dkt shah alam, gua nak join sekali

    BalasPadam

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Jom Belajar AutoCAD
Dikuasakan oleh Blogger.