Servis Terjemahan Dokumen

Senarai Telefon Pintar Mampu Milik Pilihan Pengguna 2014

Soal bajet kini tidak lagi menjadi masalah besar kepada penggemar telefon pintar, ditambah pula dengan kemudahan pinjaman yang ditawarkan oleh syarikat kewangan telah membolehkan sesiapa sahaja mampu memiliki telefon pintar sendiri, termasuk pelajar sekolah mahupun penuntut universiti.

Sekarang ini, di pasaran Malaysia terdapat pelbagai jenis telefon pintar mampu milik ditawarkan kepada penggunanya. Cuma yang menjadi masalah hari ini apabila pengemar telefon pintar menjadi rambang mata sehingga tidak tahun hendak memilih telefon pintar jenis apakah yang sesuai dengan cita rasa mereka.

Untuk memudahkan penggemar telefon pintar membuat pilihan,  di bawah ini terdapat lebih kurang 8 jenis telefon pintar yang menjadi pilihan pengguna sepanjang tahun 2014. Boleh pilih salah satu di ataranya yang dirasakan sesuai dengan selera dan bajet anda.

Motorola Moto G

Menurut laporan dari beberapa sumber, salah satu model telefon pintar keluaran Motorola telah mencentuskan satu 'peperangan' harga di pasaran di antara pengeluar telefon pintar jenama lain. Moto G merupakan telefon pintar mampu milik yang dilengkapi skrin paparan yang terang dan reponsif, pemproses empat teras dan kamera yang mampu menghasilkan imej yang baik. Cuma satu sahaja kurangan yang terdapat pada telefon pintar ini iaitu tidak mempunyai slot untuk memasang kad memori microSD.

moto-g-info-anda

Nokia Lumia 525

Telefon pintar peringkat asas ini menggunakan sistem operasi  (OS) Windows Phone 8. Gajet ini boleh dikatakan lebih popular dan digemari peminat telefon pintar berbanding peranti utamanya  dalam keluarga yang sama. Manakala harganya yang berpatutan serta prestasinya tidak pernah mengecewakan, ia membolehkan Nokia Lumia 525 tersenari di antara telefon pintar mampu milik pilihan pengguna pada tahun 2014.

Nokia Lumia 525

Nokia X
Lazada Malaysia

Siapa sangka, walaupun gajet pintar ini berada pada kedudukan terendah dalam senarai telefon pintar keluaran Nokia, gajet ini turut menawarkan variasi dwi SIM dan saiznya yang lebih besar. Semenjak Microsoft mengambila alih Nokia, pengeluar telefon pintar jenis ini telah dihentikan tanpa diketahui apa sebabnya.

Nokia-X-Girl

Motorola Moto E

Telefon pintar ini boleg dianggap sebagai 'adik' kepada Moto G. Namapnya, Motorola sekali lagi mencabar pesaingnya di pasaran dengan memperkenalkan telefon pintar asas, yang mempunyai spesifiksi setanding dengan peranti pintar berharga lebih mahal. Namun , telefon pintar ini tidak begitu digemari oleh pengguna yang gemar selfie kerana telefon ini tidak dilengkapi kamera hadapan.

Motorola-Moto-e

Sony Experia E1

Peranti pintar ini dikatakan sesuai untuk  dijadikan telefon kedua atau buat golongan yang baru beralih dari dunia telefon bimbit biasa ke dunia telefon bimbit pintar. Biarpun kemunculan gajet ini dilihat cuba menyaingi telefon pintar mampu milik jenama lain yang terdapat di pasaran, ramai berpendapat Sony Experia E1 mudah dikendalikan serta fungsinya yang mesra pengguna.

Sony Experia E1

Asus Zenfone 5

Sebelum ini, Asus memang sudah terkenal dalam arena perkakasan permainan (games) dan komputer peribadi. Oleh  kerana tidak mahu ketinggalan di belakang pesaingnya, Ausu  akhirnya membuat keputusan untuk terjebak sama dalam mengeluarkan telefon pintar dengan jenamanya sendiri. Asus Zenfone 5 dilancarkan bersama dua lagi ahli keluarganya, Zenfone 4 dan Zenfone 6 pada suku ketiga tahun 2014.

Asus Zenfone 5

Huawei Honor 3C

Jika dahulu, bila sebut sahaja telefon pintar 'made in China', pasti penggemar telefon pintar tidak berani membeli telefon tersebut kerana tidak mahu 'terkena' buat kali kedua apabila membeli peranti elektronik dari negara yang terkenal dengan tembok besarnya itu. Namun, sejak kemunculan Huawei Honor 3C di pasran Malaysia, seakan-akan telah membuka mata penggemar telefon pintar negara ini. Biarpun fungsinya tidak sehebat dangan telefon pintar jenama terkenal lain, dengan harganya yang murah, membuatkan telefon pintar keluaran Huwawei ini menjadi satu tarikan buat pengguna yang mempunyai sumber kewangan terhad.

Huawei Honor 3C

Xiaomi Redmi 1S

Setelah berjaya menembusi pasaran Asia, termasuk di Malaysia, Xiaomi terus mengorak langkah dan menawarkan variasi telefon pintar yang berkualiti pada harga mampu milik.. Ini termasuk Redmi 1S yang menampilkan spesifikasi menarik serta berbaloi dengan haranya. Memang agak susah sedikit jika hendak mebdapatkan telefon pintar ini di pasaran terbuka kerana peranti ini biasanya dijual secara dalam talian (online).

Xiaomi Redmi 1S
Senarai Telefon Pintar Mampu Milik Pilihan Pengguna 2014 Senarai Telefon Pintar Mampu Milik Pilihan Pengguna 2014 Reviewed by Unknown on 5:59 PG Rating: 5

1 ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Jom Belajar AutoCAD
Dikuasakan oleh Blogger.