Hari ini blog Info Anda ingin kongsikan satu berita baik kepada anda yang sedang tercari-cari ruang bilik untuk disewa di sekitar Kajang, Selangor.
Tawaran bilik sewa ini dibuka kepada warganegara Malaysia, LELAKI bujang atau pasangan yang sudah BERNIKAH sahaja. Bagi yang sudah 'berkahwin' tapi belum bernikah jangan cuba-caba!
Menurut tuan rumah yang juga merupakan salah seorang admin blog ini, telah menyaratkan bahawa setiap bilik hanya 2 orang sahaja dibenarkan menyewa. Dalam bahasa mudahnya, maksimum 2 orang satu bilik.
Kadar bayaran sewa pula ditentukan mengikut saiz bilik dan jumlah penyewa (kepala). Buat masa sekarang hanya terdapat 2 bilik sahaja yang kosong. Sekiranya anda menyewa 2 orang atau bersama pasangan, diskaun akan diberikan. Namun, itu terpulang kepada kemampuan masing-masing atau yang inginkan privasi.
Di atas sifat pemurah tuan rumah, beberapa kemudahan dan kelengkapan asas PERCUMA turut disediakan seperti mesin basuh, peti sejuk, dapur untuk memasak (air dan mee segera sahaja), bil elektrik, bil penyelengaraan termasuk air dan paling istimewa sekali ialah kemudahan WiFi 24 jam juga PERCUMA. Anda hanya perlu menyediakan wang sewa sahaja.
Untuk info anda, Kajang merupakan salah satu lokasi strategik yang menjadi tumpuan ramai di sekitar Lembah Klang. Kajang bukan sahaja terkenal dengan sajian makanan popularnya iaitu sate Haji Samuri, malah lokasinya yang berhampiran dengan bandar-badar besar seperti Kuala Lumpur, Putrajaya serta institiut pengajian tinggi awam (IPTA) dan kawasan perindustrian telah menjadikan kawasan ini sebagai pilihan orang luar untuk menetap atau terus tinggal di sini.
Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang tawaran atau mahu meninjau keadaan rumah serta kawasan sekitar, boleh hubungi penulis melalui aplikasi pesanan ringkas Whatsapp pada nombor yang tertera di bawah untuk membuat temujanji.
Bilik Untuk Disewa Di Sri Ria Apartments Kajang
Reviewed by Unknown
on
1:02 PG
Rating:
Tiada ulasan:
Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih