Sebenarnya, tidak ada jalan singkat jika kita ingin berjaya dalam perniagaan, tidak kira perniagaan yang dijalankan itu dilakukan secara konvensional atau melalui dalam talian (Bisnes Online).
Semenjak internet diperkenalkan kepada umat manusia hingga ke hari ini, kerja-kerja penyebaran maklumat atau urusan jual beli dapat dijalankan dengan lebih mudah dan berkesan serta mampu memberi pulangan yang lumayan.
Namun, semua ini bergantung pada tekad dan kebijaksanaan seseorang itu memanfaatkan kelebihan dan kemudahan internet yang boleh dicapai di mana sahaja pada bila-bila masa dalam usaha untuk mengembangkan perniangaan seiring dengan kemajuan dunia teknologi hari ini.
Perniagaan dalam talian atau bisnes Online di Malaysia bukan perkara baru atau asing bagi komuniti bisnes di negara ini. Sejak ia mula berkembang dan tambah pula dengan kemudahan akses internet yang luas, menjadikan bisnes secara online ini semakin mendapat sambutan ramai.
Bagi anda yang bercadang atau sudah mula merancang untuk memulakan bisnes online, terdapat beberapa panduan penting yang perlu diikut sekiranya ingin berjaya dalam dunia bisnes yang diceburi.
Rancang Perniagaan Tidak Kira Bisnes Online Apa Yang Ingin Diusahakan
Biarpun ada yang beranggapan menceburi bisnes online ini lebih senang berbanding perniagaan yang dilakukan secara konvesional, namun ia tetap memerlukan perancangan rapi agar perniagaan yang diusahakan itu tidak berhenti separuh jalan dan sia-sia sahaja.
Merancang perniagaan ini amat penting walau bisnes online yang dijalankan itu tidak memerlukan modal besar dan tenaga yang banyak. Dengan merancang juga, kita dapat mengembangkan idea dan kaedah pemasaran, hal yang berkaitan dengan pengurusan serta mengenalpasti sasaran pelanggan yang akan membeli produk atau perkhidmatan yang ditawarkan kelak.
Pastikan Produk Atau Perkhidmatan Yang Ingin Ditawarkan Berbeza Dari Yang Lain
Menjalankan bisnes online hari ini memang banyak sainganya. Jika ingin terus kekal relevan dalam dunia peniagaan secara dalam talian, kita perlu mengatur strategi dengan melakukan penambahbaikan dan memberi kelainan terhadap produk atau perkhidmatan yang bakal ditawarkan agar ia berbeza dari produk atau perkhidmatan yang sedia ada di pasaran.
Mengenal Pasti Pasaran, Kos Operasi Serta Bajet Yang Diperlukan
Meskipun anda sudah memiliki asas yang kukuh dalam perniagaan, faktor permintaan semasa pesaran juga perlu diambil kira agar produk atau perkhidmatan yang bakal ditawarkan secara online itu memenuhi cita rasa dan menepati kehendak pelanggan.
Dengan melakukan sedikit penyelidikan terhadap permintaan pasaran, sudah pastikan ia akan memudahkan kita membuat penentuan terhadap bajet dan kos operasi yang diperlukan apabila memulakan perniagaan kelak.
Sistem Sokongan Tambahan Yang Stabil
Sistem sokongan ini perlu sebagai persediaan awal untuk menghadapi apa jua kemungkinan yang berlaku setelah memulakan bisnes online agar apa yang diusahakan itu berjaya. Sudah menjadi adat bagi yang baru hendak menceburi bisnes online ini pasti akan berdepan beberapa masalah seperti modal kewangan, kekurangan material dan sebagainya apabila perniagaan yang dijalankan sudah mula berkembang.
Untuk mengelak perkara sebegini dari berlaku, kita perlu mencari beberapa sistem sokongan yang stabil sebagai 'backup plan' yang sedia membantu apabila diperlukan.

Daftar Perniagaan Untuk Tarik Keyakinan Pelanggan & Lindungi Perniagaan
Selalunya bab pendaftaran perniagaan ini kurang diambil peduli oleh segelintir usahawan 'suka-suki' yang menjalankan bisnes online. Pada mereka, perniagaan yang dijalankan itu sekadar hobi selain untuk menambah duit poket sahaja.
Sekiranya anda serius ingin maju dan berjaya dalam bisnes online, daftarkan segera perniagaan yang diusahakan itu mengikut undang-undang di negara ini. Pelanggan akan lebih yakin dengan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan sekiranya bisnes online yang dijalankan berdaftar secara sah selain hak kita dilindungi sekiranya berlaku jenayah siber.

Dapatkan Khidmat Web Hosting
Rata-ratanya bakal usahawan yang baru memulakan bisnes online mereka memilih medium blog yang menawarkan perkhidmatan percuma seperti Blogspot atau Wordpress sebagai web hosting untuk memperkenalkan jenama, produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.
Menggunakan khidmat web hosting berbayar memang bagus bagi mengembangkan lagi perniagaan online dalam jangka masa panjang. Sebabnya, memiliki khidmat hosting akan membolehkan perniagaan dalam talian anda tubuh dan berkembang dengan lebih pantas.
Pilih Medium Utama
Kita boleh membina sebuah laman web tradisional dengan menggunakan alat penyuntingan laman web atau laman web gaya blog yang menggunakan alatan blog seperti WordPress. Secara amnya, laman blog gaya web ini paling mudah dan menjadi kegemaran untuk memulakan sesuatu perniagaan dalam talian.
Rekabentuk Laman Web Yang Sesuai Dan Menarik
Elemen rekaan laman web anda perlu diberi perhatian serius kerana ia akan mencerminkan apa yang anda jual. Tidak kira apa khidmat atau produk yang dijual, sangat penting untuk menerapkan ciri profesional dan mesra pengguna. Ini untuk mendapatkan kepercayaan pelanggan.
Dapatkan Perisian E-Dagang
Perisian ini amat penting supaya pelanggan boleh melihat produk kita, memasukkan maklumat, mereka dan membuat pembelian yang selamat. Perisian ini juga akan menyimpan maklumat pelanggan dengan selamat . Perisian e-dagang yang anda pilih memberikan perbezaan yang besar terutamanya dari segi keselamatan.
Sediakan Akaun Pembayaran
Jangan terlalu bergantung kepada pembayaran melalui wang tunai, sebaliknya buat satu akaun khidmat pembayaran seperti PayPal. Melaluinya, akan membolehkan anda menerima bayaran melalui kad kredit atau kad debit untuk perniagaan dalam talian anda.
Mudahkan Urusan Pelanggan
Cuba pendekatan yang minimum. Ini akan membolehkan pelanggan dapat berurusan di 'kedai' anda dengan mudah. Pelanggan akan terus setia kerana setiap yang dipaparkan memberi makulumat yang tepat dan tidak memerlukan mereka mengambil langkah lain yang merumitkan.
Tambah Iklan Google Adsense
AdSense Google merupakan peluang pendapatan perkongsian dengan cara meletakkan iklan-iklan bagi produk dan khidmat yang berkaitan dengan kandungan 'kedai' anda yang disasarkan kepada orang yang sering ke laman web anda. Malah anda akan dibayar sejumlah kecil wang apabila iklan itu diklik.
Letakkan Diri Di Alam Maya
Pada laman web 'kedai' anda, ada pautan (link) untuk kembali ke direktori perniagaan dalam talian dan tambah dengan bahan yang sepadan dengan apa sahaja yang anda letakkan di laman web. Tambah gambar dan penerangan perniagaan yang memberitahu cerita kepada bakal pembeli. Jangan lupa letakkan pautan ke laman web anda.
Cipta Identiti Maya
Cipta satu jenama yang lain daripada yang lain dan letakkan pada setiap kali keterabgan, komen, gambar, animasi dan apa-apa yang pelanggan boleh ingati setiap kali melihatnya.
Kandungan Yang Tepat
Setiap media sosial memiliki tujuan dan penggunaan yang berbeza. Bagi tujuan promosi yang baik dan berkesan, anda perlu beri perhatian kepada perbezaan ini dan sesuaikan kempen media sosial anda berdasarkan tujuan setiap laman web, termasuk kandungan yang sesuai.Ia bertujuan untuk mendapatkan sasaran pelanggan yang tepat.
Pertimbangkan Populariti
Kempen di media sosial anda merupakan faktor penting untuk kejayaan promosi dan boleh dimulakan di laman media sosial yang paling popular seperti Facebook dan Twitter. Jadi, anda perlu memastikan anda pakar atau dapatkan bantuan untuk mengendalikan kedua-dua laman media sosial ini.
Pertimbangkan Grafik
Pelanggan atau masyarakat biasanya sangat tertarik dengan promosi yang beberntuk grafik atau sekurang-kurangnya grafik mudah yang menjurus ke arah perniagaan dalam talian anda. Laman media sosial seperti Instagram ialah lokasi yang tepat untuk membina jenama dan promosi yang berkesan.
Promosi Berkait (Viral)
Kaedah promosi berkait ini tidak memerlukan modal, Malah, anda akan mendapat promosi meluas dengan bantuan jutaan pengguna internet bagi membolehkan jenama anda dikenali ramai. Anda perlu menjadi kreatif dan cuba hadir di alam digital dengan sesuatu yang mampu menjadi viral.
Media Baru
Kesemua media baru ini perlukan pergurusan dan sentiasa bergerak seiringan untuk menjaga pelanggan disetiap media tersebut. Lakukan sedikit penyiasatan berkaitan dengan pelanggan yang berpotensi sekali-sekala dan luaskan perniagaan anda sebagai menandakan kehadiran anda di dunai digital.
Bersosial Dengan Kerap
Anda perlu aktif dan perlu menjaga nama baik anda dan perniagaan walaupun di dunia maya. Jadi untuk lebih impak, anda perlu aktif dalam semua media sosial seperti Facebook, Twitter dan Linkedln. Jika perniagaan anda berorientasikan grafik, buat akaun Flickr dan Tumblr juga.Setiap kali ada berita, halaman entri terbaru , buat pautan bersilang pada semua laman media sosial anda.
Wujud Di Enjin Carian
Apabila anda sering aktif di alam maya menerusi artikel, halaman, entri dan sebagainya, secara tidak langsung anda akan mula muncul di enjin carian seperti Google dan Yahoo. Ini akan berlaku ketika pelanggan cuba mencari produk atau khidmat yang sedang anda niagakan.
Sebarkan URL Sendiri
Sebarkan alamat laman web (URL) anda dengan meletakkan pada kad nama, kepala surat, e-mail dan apa sahaja yang berpotensi untuk mendapat perhatian daripada orang ramai. Ini akan membuatkan kepekaan orang ramai lebih kuat seterusnya menimbulkan rasa minat untuk berkunjung.
Rajin Bersembang
Apabila anda sedang melayari internet, pastikan anda sentiasa aktif menyertai forum, perbincangan, memberikan komen dan sebagainya. Anda perlu memastikan ia berkaitan dengan apa yang cuba anda jenamakan. Jadi, apabila ada peluang dan waktu yang sesuai, tinggalkan URL sebagai maklumat tambahan.
Tambah Kandungan Menarik Laman Web
berikan tumpuan kepada bidang utama kepakaran anda dan paparkanya secara profesional. Sama seperti yang akan anda lakukan apabila anda ingin menjenamakan kedai secara fizikal. Lakukan secara kerap tetapi secara berperingkat agar menimbulkan kesan kepada pelayar internet lain.
Memantau Imej Dalam Talian
Gunakan Google Alerts untuk mengesan nama perniagaan anda, nama anda atau mana-mana istilah lain yang berkaitan didapati di web . Melalui cara ini anda boleh tahu samada orang memberi memuji atau memberikan komen yang negatif terhadap anda.
Kendalikan Penilaian Buruk Secara Profesional
Jika anda melihat penilaian yang tidak baik terhadap syarikat anda, usah bertindak balas dalam kemarahan, biarpun ia tidak adil sama sekali. Jelaskan apa yang berlaku dengan penuh berhemah untuk menyelesaikan apa jua masalah yang dihadapi pelanggan. Ini penting untuk menjaga reputasi anda.
Membina Kehadiran 'Sosial'
Gunakan laman media sosial untuk berkongsi maklumat lanjut kepada pelanggan yang berpotensi dan wujudkan lebih banyak kesedaran berkaitan dengan perniagaan dalam talian anda. Apa yang penting, gunakan akaun peribadi anda, ini akan memberikan lebih kepercayaan kepada pelanggan.
Dapatkan Batuan Profesional Apabila Bisnes Sudah Berkembang
Hal ini berkaitan dengan rekabentuk laman web, soal keselamatan ketika pembayaran, butiran peribadi pelanggan, sistem penghantaran dan sebagainya. Cuba upah golongan profesional dalam bidang berkenaan untuk memastikan perniagaan dalam talian anda terus berkembang dengan pesat.

Rahsia Tersembunyi Di Sebalik Kejayaan Bisnes Online
Reviewed by Unknown
on
10:59 PTG
Rating:
Tiada ulasan:
Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih