Servis Terjemahan Dokumen

Cavani Dibayar RM1.21 Juta Seminggu Untuk Berkasi di Old Trafford

Edinson-Cavani-Man-U

Penyerang sensasi Paris Saint-Germain (PSG), Edinson Cavani dilapor akan menyertai pasukan Manchester United dengan bayaran gaji sebanyak £220,000 (RM1.21 juta)  seminggu.

Sebelum ini, Cavani juga turut dilamar Arsenal, namun terpaksa berputih mata kerana Manchester United telah cuba mendapatkan pemain tersebut sejak awal musim lagi.

Menurut laporan media sukan tempatan, pengendali United, Louis van Gaal telah memberi arahan kepada pemain PSG itu  supaya menandatangani kontrak perjanjian untuk beraksi di Old Trafford selama semusim dengan gaji sebanyak RM1.21 juta yang dibayar pada setiap minggu.

Sebelum ini, United telah meminjam penyerang utama dari Monaco, Radamel Falcao untuk bermain bersama pasukan itu sebelum tempoh pinjaman pemain tamat pada akhir musim ini. Berikutan ketiadaan Falco, posisi yang ditinggalkan itu diganti oleh Cavani yang bakal dibeli dari PSG dengan yuran perpindahan sebanyak £50 juta (RM206 juta).
Cavani Dibayar RM1.21 Juta Seminggu Untuk Berkasi di Old Trafford Cavani Dibayar RM1.21 Juta Seminggu Untuk Berkasi di Old Trafford Reviewed by Unknown on 9:32 PTG Rating: 5

1 ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Jom Belajar AutoCAD
Dikuasakan oleh Blogger.