OMG! Terkejut mak bila membaca laporan Bernama, mengatakan Skuad Bola Sepak Kebangsaan kita kekal pada kedudukan ke-161 dunia.
Menurut Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Harimau Malaysia kekal pada kedudukan tersebut disebabkan kurangnya aksi persahabatan peringkat antarabangsa.
Pencapaian terbaik Malaysia dalam ranking FIFA pada 2016 adalah posisi ke-158 dunia yang dicatat pada bulan September.
Manakala di peringkat Asia pula, skuad Harimau Malaysia kekal di tangga ke-31 dalam kalangan 46 negara.
Skuad kebangsaan turut kekal pada kedudukan kelima dalam kalangan negara Asean dengan Filipina berada di tangga pertama selepas menduduki posisi ke-122, Thailand (126), Vietnam (136) dan Myanmar (159).
Kedudukan terbaru skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu setanding dengan beberapa negara membangun yang lain seperti Kepulauan Aruba (160), Macedonia (162) dan Moldova (164).
Kedudukan pasukan terbaik dunia kekal milik Argentina dan Brazil. Masing-masing mengumpul 1,634 dan 1,544 mata. Manakala Jerman yang pernah menjadi juara Piala Dunia 2014 kekal di tangga ketiga dengan kutipan 1,433 mata.
Harimau Malaysia Kekal Posisi 161 Ranking Fifa
Reviewed by Unknown
on
12:31 PG
Rating:
Tiada ulasan:
Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih