Servis Terjemahan Dokumen

Isteri Pujuk Suami Guna 'Surat Rasmi' Beli Kasut Idaman

omg-media-hub-kasut

Kreatif dan mendalam, itulah gambaran yang dapat kami berikan apabila terbaca status laman sosial seorang isteri yang memuat naik foto beberapa keping surat 'permohonan rasmi' yang dihantar kepada suaminya bertujuan untuk membeli sepasang kasut idaman.

Pada pendapat kami, mungkin suami kepada wanita berkenaan seorang yang sangat 'berjimat' atau jenis suami yang  sukar menunaikan permintaan isteri kerana gemar membeli belah secara atas talian (online).

Bagaimanapun, teknik memujuk yang digunakan wanita tersebut dengan menggunakan surat berformat ala-ala surat rasmi itu akhirnya berjaya melembut dan membuka hati si suami untuk membeli barang yang diidam-idamkan.

Satu idea yang menarik dan boleh dipraktikan oleh para isteri di luar sana sekiranya suami anda jenis kedekut. Mana lah tahu dengan membaca luahan yang ditulis melalui surat seperti ini mampu membuka pintu hatinya untuk menunaikan apa yang anda hajati.



Isteri Pujuk Suami Guna 'Surat Rasmi' Beli Kasut Idaman Isteri Pujuk Suami Guna 'Surat Rasmi' Beli Kasut Idaman Reviewed by Unknown on 3:28 PTG Rating: 5

1 ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Jom Belajar AutoCAD
Dikuasakan oleh Blogger.