Servis Terjemahan Dokumen

JAKIM Sahkan 'Biskut Mayat' Halal Dimakan

biskut-mayat-omg-media

Baru-baru ini kecoh di media sosial bercerita tentang status halal sejenis biskut yang sangat digemari dan popular pada era 80an dan 90an.

Sesetengah orang menamakan bisukut tersebut sabagai 'Biskut Ais Cream' dan ada pula memanggilnya 'Biskut Mayat' kerana makanan ini sering dihidangkan dalam upacara sembahyang bagi kaum Cina.

Bagaimanapun, keraguan terhadap status halal biskut ini terjawab apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan biskut ini halal dimakan dan dikeluarkan oleh syarikat yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Menurut JAKIM, biskut tersebut tidak mengandungi sebarang unsur yang mencurigakan serta tidak halal seperti lemak haiwan atau bahan terlarang yang bercanggah dengan syariat Islam.

Memetik sumber Berita Harian, Unit Hal Ehwal Korporat Bahagian Hab Halal JAKIM, berkata semakan lanjut unit berkenaan mendapati biskut jenis itu turut didaftarkan dalam sistem mereka.

"Apa yang berlaku adalah kebanyakan pemborong menjualnya kembali dalam bentuk pembungkusan semula seperti timbang, sukat dan paket yang kecil. Malangnya, ada di antara pemborong berkenaan masih belum memohon pensijilan halal JAKIM.

"Perkara ini disebarkan oleh individu tidak bertanggungjawab, sekali gus mengundang keresahan dalam kalangan pengguna," katanya.

Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan supaya berhati-hati dalam memilih barangan makanan halal dan perlu bijak dengan mengutamakan produk biskut yang memiliki sijil atau logo Pengesahan Halal Malaysia atau logo Halal Luar Negara yang diiktiraf JAKIM.

"Untuk semakan lanjut berkenaan produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia dan Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM, orang ramai boleh melayari www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar myJakim," katanya.
JAKIM Sahkan 'Biskut Mayat' Halal Dimakan JAKIM Sahkan 'Biskut Mayat' Halal Dimakan Reviewed by Unknown on 12:42 PTG Rating: 5

2 ulasan:

  1. Org kita gemar sangat bermain dgn isu halal haram. Yang halal pun diharamkan sbb ingin popular di media sosial

    BalasPadam
  2. Sekarang ni zaman org mengejar populariti n Like

    BalasPadam

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Jom Belajar AutoCAD
Dikuasakan oleh Blogger.