Mengenakan rekaan fesyen terkini sudah tentu niatnya untuk kelihatan cantik dan bergaya. Namun, tidak semua rekaan sesuai untuk tubuh, bahkan adakalnya boleh menjejaskan kesihatan.
Berikut, kami kongsikan tujuh item fesyen yang mampu membuatkan anda kelihatan cantik tetapi pada masa yang sama juga turut menjejaskan kesihatan si pemakainya.
Seluar Ketat
Seluar jeans ketat atau lebih dikenali sebagai skinny jeans boleh menjejaskan peradaran darah pada lelaki . Selain itu, seluar ketat juga kurang sihat kerana menjadi tempat bakteria penyebab jangkitan membiak.
Namun, bukan berkmakna anda tidak boleh memakai seluar ketat, cuma disarankan agar tidak terlalu kerap dan elakkan memakinya ketika cuaca panas.
Baju Body Shaper
Baju ini sering dipakai oleh wanita yang ingin kelihatan langsing. Sebenarnya baju pelangsing ini kurang baik kerana membuatkan bahagian perut tertekan. Tekanan yang terlalu ekstrim pada perut akan menyebabkan pedih ulu hati dan akhirnya mengganggu pencernaan.
Kasut Tumit Tinggi Runcing
Memang memakai kasut tumit tinggi membuatkan penampilan nampak elegan dan postur tubuh lebih indah. Tapi malangnya, kasut tumit tinggi memang kurang sihat untuk tubuh. Kasut seperti ini akan menyebabkan tekanan pada bahagian depan kaki yang terpaksa menampung berat badan. Justeru, disarankan untuk tidak mengenakan kasut tumit tinggi terlalu kerap.
Sandal Terbuka
Kasut atau sandal terbuka ternyata juga kurang baik untuk kesihatan kaki. Kasut ini memang akan membuatkan kaki tampak lebih indah dan cantik, tetapi kaki akan lebih mudah terkena kotoran dan jangkitan.
Pakaian Dalam Renda
Yang satu ini memang akan membuatkan setiap wanita kelihatan cantik dan seksi, Namun, mengenakanya setiap hari tidak baik untuk kesihatan vagina. Bahan renda akan berisiko menyebabkan rasa gatal dan iritasi, bahkan keputihan. Pilihlah seluar dalam daripada benang kapas untuk pemakaian sehari-hari.
Beg Tangan Berat
Beg tangan dengan bebaan yang berat juga berpotensi mengganggu tubuh. Ia berpotensi menyebabkan rasa tegang pada leher, punggung, dan bahu. Beg tangan yang berat yang selalu dibawa ternyata juga boleh menyebabkan perubahan posisi postur tubuh.
Kasut Leper Balet
Kasut leper memang lebih baik dibandingkan dengan kasut tumut tinggi, namun kadangkala kasut dengan kualiti kurang baik akan mengganggu kesihatan kaki. Kasut leper yang tidak selesa tidak ada pelapik dan akan menyebabkan rasa sakit pada tumit.
Apapun, tanpil cantik dan bergaya memang boleh, namun ada baiknya untuk lebih mengutamakan keselesaan, apatah lagi jika berkaitan kesihatan tubuh.
7 Gaya Fesyen Yang Memudaratkan Tubuh
Reviewed by Kluang Today
on
3:45 PTG
Rating:
Tiada ulasan:
Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih