Servis Terjemahan Dokumen

Bomba Hadapi Kesukaran Mengeluarkan Cincin Besi Yang Tersekat Pada Kemaluan Seorang Lelaki

cincin-besi-tersekat.png

Pada malam Jumaat lalu, seorang lelaki berusia lingkungan 30an terpaksa dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya setelah mengalami kesakitan teruk apabila cincin logam yang dipakai pada kemaluan gagal ditanggalkan.

Oleh kerana kekurangan perlatan, pihak hospital terpaksa meminta bantuan bomba bagi memotong logam besi berkenaan.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata, seramai 12 anggota dari balai Hang Tuah telah dihantar setelah menerima panggilan dari pihak hospital.

Bagiamanapun, kerja memotong besi yang tersekat pada kemaluan lelaki itu tidak dapat dilakukan kerana bilah pemotong yang digunakan tidak cukup tajam selain keadaan cincin yang agak tebal untuk dipotong.

Akhrnya cincin logam yang tersekat itu berjaya dikeluarkan kira-kira pukul 2 pagi hari Sabtu dengan bantuan dari anggota bomba dari balai Sg Buloh.
Bomba Hadapi Kesukaran Mengeluarkan Cincin Besi Yang Tersekat Pada Kemaluan Seorang Lelaki Bomba Hadapi Kesukaran Mengeluarkan Cincin Besi Yang Tersekat Pada Kemaluan Seorang Lelaki Reviewed by Unknown on 3:46 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Jom Belajar AutoCAD
Dikuasakan oleh Blogger.