Baru sahaja tersenarai sebagai model terkemuka jenama dunia, Victoria Secret, Gigi Hadid semakin berani dan mula tunjuk taring.
Terbaru, Hadid ditawarkan menjadi model untuk jenama kasut wanita terkenal iaitu Stuart Weitsmen.
Bagaimanapun, tawaran tersebut menuntut model terkenal berkenaan beraksi bogel di hadapan kamera.
Hadid dilaporkan tidak kisah dengan syarat yang ditetapkan dan sanggup menyahut cabaran tersebut yang dilakukan atas dasar profesionalisme kerjayanya sebagai peragawati.
Namanya kini disebut-sebut bakal menjadi perintis peragawati terkemuka dunia dek kecantikan semula jadi yang dimiliki serta personalitinya yang menarik.
Menurut jurucakap Stuart Weitzmen, sesi fotografi bogel bersama model berkenaan bakal dirakam menerusi visual video sebagai salah satu strategi pemasaran.
Keputusan Hadid untuk beraksi bogel itu tidak begitu disenangi sebilangan peminat Zayn Malik yang juga merupakan teman lelaki kepada model berkenaan kerana kedua-dua pasangan kekasih itu datang dari keluarga beragama Islam.
Gigi Hadid Sanggup Beraksi Bogel Demi Tuntutan Kerjaya
Reviewed by Unknown
on
9:34 PG
Rating:
Tiada ulasan:
Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih