OMG! Sesuatu yang menakjubkan apabila seorang pakar bedah di Poland berjaya melakukan pembedahan mencantumkan tangan yang diperoleh daripada penderma kepada seorang lelaki yang dilahirkan tanpa tangan.
Pembedahan itu dikatakan yang pertama seumpanya di dunia
Lelaki berkenaan, Piotr,mendapat tangan baru selepas seorang penderma yang telah meninggal dunia sudi mendermakan tangan kepadanya.
Menurut Adam Domanasiewicz, ini adalah cantuman pertama di dunia ke atas anggota badan orang dewasa berusia 32 tahun yang mengalami kecacatan kongenital (sejak lahirkan).
Pakar bedah dari Hospital Universiti Perubatan Wroclaw itu turut menjelaskan bahawa sehingga kini, prosedur pembedahan seumpama itu hanya dilakukan kepada kembar siam yang baru dilahirkan di Indonesia dan Kanada.
Pembedahan itu dilakukan pada pertengahan Disember lalu dalam satu operasi yang berlangsung selama 13 jam.
Sementara itu, Piotr kelihatan gembira selepas prosedur itu dan bercakap mengenai impianya untuk masa depan.
Ketika diwawancara media tempatan, dia menyatakan hasrat untuk memeluk keluarganya dengan kedua-dua belah tangan.
Sumber AFP, setakat ini, Piotr hanya mampu menggerakkan bahagian jari namu doktor yakin keseluruhan tangan lelaki tersebut boleh digerakkan seperti biasa tidak lama lagi.
Pembedahan Cantum Tangan Pertama di Dunia Terhadap Orang Dewasa
Reviewed by Unknown
on
10:40 PG
Rating:
Tiada ulasan:
Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih