OMG! Siapalah yang kejam sangat sehingga sanggup mendatangkan kecederaan teruk terhadap makhluk Allah ini.
Tidak dapat dibayangkan bagaimana siksa dan sakitnya kura-kura tersebut apabila cekerang yang menutup anggota badanya pecah dan terpisah dari kulit.
Kejadian dilaporkan berlaku di Kota Kemuning, Shah Alam. Munurut sumber yang dipetik melalui laman Facebook mengatakan kura-kura berkenaan telah dipijak oleh sekumpulan warga asing.
Akibat dari pijakan dan lompatan ke atas badan kura-kura berkenaan menyebabkan cengkerang yang melindungi anggota badanya pecah seperti yang dapat dilihat pada gamabr di atas.
Kura-kura yang mengalami cedera teruk tersebut telah diselamatkan oleh seorang pengguna laman sosial, Puan Annie Yap dan kemudianya dihantar ke klinik haiwan, Serv-U Veterinary Clinic & Surgery bagi mendapatkan rawatan pemulihan.
Menurut doktor veterinar yang merawat kura-kura tersebut, kecederaan yang dialami amat parah, namun masih ada harapan untuk pulih.
Katanya, ia mengambil masa enam bulan untuk proses pencantuman semula cengkerang yang yang pecah.
Rata-rata Netizen yang mengikuti perkembangan kura-kura ini melahirkan rasa simpati dan marah terhadap tindakan si pelaku sehingga mendatangkan kecederaan kepada kura-kura berkenaan.
Salah seorang daripadanya meluahkan emosi marah dengan menyalahkan Perdana Menteri, Najib Razak kerana membenarkan warga asing yang tidak berpelajaran masuk dan bekerja di negara ini.
Kejam! Kura-Kura Pecah Cengkerang Dipijak Warga Asing
Reviewed by Unknown
on
11:59 PG
Rating:
Tiada ulasan:
Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih