Seorang usahawan di Amerika Syarikat didakwa menjadi manusia bionic yang mampu mengaktifkan komputer, membuka pintu rumahnya dan menghidupkan motosikal dengan hanya menlambai tangan.
Amal Graafstra, 40, mampu membuat perkara itu dengan bantuan cip mikro tanpa wayar pengecaman frekuewnsi radio (RFID) yang ditanam di dalam tanganya.
Cip tersebut menggunakan gelombang radio untuk berhubung dengan peranti-peranti lain. Lelaki itu membuat penanaman cip pertama di dalam tanganya pada tahun 2005. Hingga kini terdapat lima cip mikro sudah tertanam di tanganya.
Graafstra mengusahakan syarikat bioteknologi yang dikenali sebagai Dangerous Things di tingkat bawah rumahnya di Seattle sejak 2013 dan mengirim peranti cip mikro ke serata dunia.
Difahamkan, lelaki itu mendapat idea ketika bekerja sebagai konsultan bioteknologi maklumat kepada beberapa klinik perubatan dan sering terkunci dari dalam bangunan kerana terlupa membawa anak kunci.
Kit cip mikro itu dijual pada harga antara AS$39 (RM179) hingga AS$249 (RM1,100).
Lelaki Kemaruk Tanam Cip Dalam Badan
Reviewed by Unknown
on
3:35 PTG
Rating:
Tiada ulasan:
Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih