Seorang lelaki dituduh menembak mati rakanya secara tidak sengaja ketika memuat naik status Facebook.
Steven Leannais, 30, dituduh melakukan pembunuhan itu selepas menembak Anthony Stanford II, 27, di kediamanya di Cleveland, pada Khamis lalu.
Menurut laporan media tempatan, dalam rakaman Facebook Live itu menunjukkan Leannais bersama dua rakanya bermain dengan sepucuk pistol sebelum Standford II tiba.
Lelaki itu memberitahu penonton bahawa pistol itu tidak mengandungi peluru sebelum ditunjukkan di hadapan kamera.
Standford II yang berkerja sebagai penyelenggara dilihat tiba dilokasi kejadian tidak lama kemudian.
Leannais dikatakan mengambil sepucuk pistol sebelum menarik picu menyebabkan peluru menembusi abdomen mangsa menurut laporan polis.
Mangsa kemudian dibawa ke hospital oleh paramedik sebelum disahkan meninggal dunia.
Tembak Mati Rakan Sendiri Ketika Beraksi di Facebook Live
Reviewed by Unknown
on
3:16 PTG
Rating:
Tiada ulasan:
Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih