Servis Terjemahan Dokumen

Jangan Guna Alasan Anak Untuk Halalkan Yang Haram

omg-media-hub-anak

Beberapa hari lepas, Harian Metro ada menyiarkan satu berita berkenaan seorang bapa kepada empat anak didapati bersalah kerana mencuri di sebuah pasar raya di Cheras.

Ketika dibicarakan, lelaki itu memberitahu bahawa dia terpaksa mencuri barang ubat-ubatan di pasar raya berkenaan kerana tidak mampu menghantar anak yang sakit ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

Menurut laporan itu, lelaki berusia 34 tahun, merayu agar hukuman yang dikenakan dapat dikurangkan atas alasan baru dibuang kerja dan perlu menanggung empat anak.

Berita tersebut mendapat maklumbalas yang pelbagai dari Netizen. Ada yang simpati dengan nasib si pencuri, tak kurang juga yang mengecam perbuatan lelaki itu.

Apa yang ingin ditekankan di sini ialah matlamat tidak menghalakan cara. Walau sukar atau terdesak macam mana sekalipun, jangan lakukan perkara yang salah di sisi undang-undang apatah lagi yang ditegah agama seperti mencuri.

Adakah dengan mencuri barang ubat-ubatan tersebut akan melegakan demam atau sakit yang ditanggung anak-anak? Tentunya tidak!

Amat malang sekali apabila sikap segelintir masyarakat hari ini yang menyokong serta bersimpati dengan perbuatan haram tersebut kononya ia dilakukan demi anak, isteri, ibu dan sebagainya.

Rasa simpati tak kena tempat serta sokongan mebuta tuli terhadap perbuatan mungkar itu dikhuatiri menjadi pendorong kepada kegiatan jenayah lain yang mengunakan alasan seperti di atas bagi mengaburi mata masyarakat.
Jangan Guna Alasan Anak Untuk Halalkan Yang Haram Jangan Guna Alasan Anak Untuk Halalkan Yang Haram Reviewed by Unknown on 2:45 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Jom Belajar AutoCAD
Dikuasakan oleh Blogger.