Servis Terjemahan Dokumen

Perbezaan Antara Penglihatan Orang Normal Dan Rabun Warna

rabun-warna-lihat dunia

Pernah tak anda bayangkan bagaimana agaknya orang yang mengalami masalah rabun warna melihat dunia ini?

Pasti tak pernah bukan! Jadi, hari ini kami ingin kongsikan beberapa info penting tentang buta warna sekaligus dapat memberi gambaran atau jawapan kepada persoalan di atas.

Sesetengah orang menyebutnya buta warna, tetapi istilah ini kurang tepat kerana masalah buta warna, iaitu hanya boleh melihat warna kelabu dan ia jarang berlaku.

Kebanyakan orang yang rabun warna tidak boleh membezakan beberapa tona warna merah dengan hijau atau biru dengan kuning, sama ada dalam keadaan terang atau cahaya samar.

Dalam kebanyakan kes, rabun warna adalah berpunca dari faktor keturunan. Namun, penyakit mata dan kesan sampingan ubat tertentu juga boleh menyebabkan masalah rabun warna.

Masalah ini lebih kerap berlaku di kalangan lelaki iaitu pada nisbah lapan lelaki kepada seorang wanita. Kebolehan melihat warna dalam spektrum warna bermula dengan keupayaan mata membezakan secara tepat tiga warna utama iaitu merah, biru dan hijau.

Rabun warna secara umumnya terbahagi kepada beberapa kategori yang berbeza iaitu ringan, sederhana dan serius. Namun ia bergantung kepada jumlah kehilangan bahan kimia yang sensitif kepada cahaya dalam sel kon.

Untuk mengetahui lanjut bagaimana orang rabun warna melihat dunia, ikuti perbandingan di bawah. Pasti anda akan merasa teruja bila melihat hasilnya.

penglihatan-normal


Normal Vision. Orang yang tidak mengalami masalah rabun warna akan melihat dunia sekeliling mereka dengan warna-warna seperti di atas.

Rabun-Warna-Deuteranomalia

Deuteranomalia. Kebiasaanya masalah ini terjadi pada orang lelaki. Berdasarkan satu kajian, 4.63% lelaki tidak menyedari mereka menghidapi masalah ini. Individu yang mengalami Deuteranomalia, sukar melihat atau mebezakan warna merah dan hijau.

Rabun-Warna-Protanopia

Protanopia. Rabun warna jenis ini hanya 1.0 peratus pesakit sahaja yang mengalaminya. Disebabkan kurang sensitiviti terhadap warna merah, mereka melihat warna merah dan hijau dalam keadaan samar-samar atau pudar. Sementara itu, tona warna biru dan kuning tidak berubah.

Rabun-Warna-Tritanopia

Tritanopia. Bagi penghidap rabun warna kategori ini pula, mereka akan melihat keadaan sekeliling dalam tona warna kehijauan dan merah muda.

rabun-warna-total

Total Color Blindness. Individu yang mengalami buta warna penuh memang ada. Tetapi gejala ini amat jarang sekali berlaku. Menurut satu kajian, hanya 0,00003% dari populasi manusia melihat dunia sekeliling dengan warna hitam dan putih.

rabun-warna-fruit

rabun-warna-lampu-isyarat

rabun-warna-model

rabun-warna-pepsi
Perbezaan Antara Penglihatan Orang Normal Dan Rabun Warna Perbezaan Antara Penglihatan Orang Normal Dan Rabun Warna Reviewed by Kluang Today on 10:58 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Jom Belajar AutoCAD
Dikuasakan oleh Blogger.