Servis Terjemahan Dokumen

Norfarihan Kecewa Sikap Terlalu 'Over' Netizen

Norfarihan-Baharuddin-Ipoh.png

Setelah dikecam teruk Netizen kerana aksinya bersama rakan-rakan memanjat papan tanda 'Ipoh' baru-baru ini, Norfarihan Baharuddin dilaporkan enggan memberi sebarang kenyataan kepada media.

Norfarihan turut meluahkan rasa sedih dan kecewa terhadap keceman bertali arus Netizen ekoran tindakanya itu yang menjadi viral di media sosial.

“I tak nak kasi keterangan langsung kat media. I penat kena kecam macam I ni bunuh orang. Maaf tau,” katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp hari ini.

Dalam mesej itu juga, gadis berusia 32 tahun itu turut memberi tahu akan hadir ke balai polis bagi memberi keterangan. Bagaimanapun, dia tidak menyatakan tarikh sebenar akan berbuat demikian.

Hasil tinjauan kami di laman Instagram peribadi gadis itu juga mendapati kesemua gambar dan video yang memaparkan aksinya bersama rakan-rakan memanjat papan tanda tersebut, telah dipadamkan selepas ia tersebar di laman sosial.

Menurut sumber Facebook, gadis yang menjalankan perniagaan dalam talian itu sangat gemar melakukan aktiviti lasak seperti mendaki bukit, selam skuba dan mengembara.
Norfarihan Kecewa Sikap Terlalu 'Over' Netizen Norfarihan Kecewa Sikap Terlalu 'Over' Netizen Reviewed by Kluang Today on 12:04 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Jom Belajar AutoCAD
Dikuasakan oleh Blogger.