Sejak beberapa hari ini nama 'King Coco' menjadi viral di laman sosial. Sehingga sekarang, kisah mengenai dirinya masih lagi menjadi bualan pengguna media sosial terutamanya kaum wanita yang bergelar isteri.
Nama 'King Coco' menjadi trending di laman sosial apabila dia dikaitkan dengan satu gosip yang mendakwa gadis berkenaan telah menjalin hubungan sulit dengan suami orang.
Gosip tersebut menjadi semakin panas apabila Netizen mendapat tahu bahawa isteri kepada lelaki berkenaan sedang sarat mengandung.
Apa yang lebih menyayat hati, 'King Coco' atau nama sebenarnya Mashaira Ismail, dilaporkan telah berkahwin dengan lelaki yang dikenali sebagai 'Capt Azrin' dalam satu majlis tertutup di sebuah hotel di Ampang baru-baru ini.
Walaupun selamat bergelar isteri namun masih ada netizen yang meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan Coco yang menerima lamaran lelaki tersebut dan menganggap wanita itu sebagai perampas.
Namun, terdapat juga Netizen yang menyebelahi wanita itu dengan memberi nasihat supaya berhenti mengecam dan menghina wanita berkenaan.
Seorang pengguna Facebook, Nur Hafizah menerusi komen balasnya di sebuah portal hiburan berkata, apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Dia turut berharap agar Coco berubah menajdi isteri yang baik dan menghormati isteri pertama suaminya.
Manakala, seorang lagi pengguna Facebook yang dikenali sebagai Zam, menganggap tindakan 'King Coco' menikahi seorang lelaki yang berstatus suami orang itu tidak salah dari sisi agama walau ada pihak yang kecewa.
Salahkah 'King Coco' Mengahwini Suami Orang?
Reviewed by Kluang Today
on
10:40 PG
Rating:
Tiada ulasan:
Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih