Servis Terjemahan Dokumen

Netizen Bantah Kadar BR1M Ditambah Jika Harga Petrol Naik RM3

br1m-petrol

Cadangan kerajaan mahu menambah jumlah pemberian wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sekiranya harga minyak petrol melebihi paras RM3 seliter dibantah keras netizen.

Menurut Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani menegaskan, kerajaan memahami tekanan kos sara hidup yang dihadapi kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40).

Golongan B40 terdiri daripada golongan pendapatan bulanan sehingga RM3,855.

Bedasarkan tinjauan yang kami lakukan, rata-rata pengguna laman sosial berharap agar kerajaan memansuhkan pemberian BR1M dan wang itu digunakan untuk menampung kenaikkan harga bahan api.

Mereka mendakwa, sekiranya berlaku lagi kenaikkan harga petrol pada masa akan datang, sudah pastinya harga barang keperluan akan turut meningkat.

Mereka turut percaya sekiranya kerajaan mampu mengawal kenaikkan harga bahan api ini nascaya harga barang keperluan juga akan ikut turun dan kekal rendah.

Bagaimanapun, sesetengah pendapat mengatakan, sekiranya kerajaan terus memberi subsidi terhadap petrol ia hanya akan menguntungkan pihak tertentu seperti orang kaya, warga asing dan penyeludup minyak.
Netizen Bantah Kadar BR1M Ditambah Jika Harga Petrol Naik RM3 Netizen Bantah Kadar BR1M Ditambah Jika Harga Petrol Naik RM3 Reviewed by Kluang Today on 3:46 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Jom Belajar AutoCAD
Dikuasakan oleh Blogger.