Servis Terjemahan Dokumen

Selamat Pulang Bekas Perogol Bersiri

Selva-Kumar-Rapist

Difahamkan, bekas perogol bersiri warganegara Malaysia yang dijatuhi hukuman penjara selama 24 tahun di penjara Kanada telah kembali ke tanah air selepas dia dibebaskan.

Bagaimanapun, kepulangan Selva Kumar yang kini berusia 57 tahun itu tidak bagitu disenangi sebahagian besar masyarakat negara ini kerana mereka bimbang bekas penjenayah seksual itu akan mengulangi perbuatanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat mengesahkan bahawa Selva Kumar tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 7 pagi Selasa.

Selva Kumar yang berasal dari Pulau Pinang itu merupakan anak ketiga daripada empat beradik sebelum ini didapati bersalah atas 30 pertuduhan jenayah terhadap wanita termasuk rogol.

Dalam satu kenyataan berasingan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi jaminan Selva Kumar akan dipantau secara rapi sebaik sahaja lelaki itu kembali ke Malaysia.

Beliau turut meminta agar masyarakat tidak perlu bimbang dengan berita kepulangan Selva Kumar kerana pihak polis akan mengawasi setiap masa pergerakkan bekas perogol bersiri berekenaan.
Selamat Pulang Bekas Perogol Bersiri Selamat Pulang Bekas Perogol Bersiri Reviewed by Kluang Today on 12:46 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Jom Belajar AutoCAD
Dikuasakan oleh Blogger.